Pelayaran Mengenal Fungsi Diri.

Posted on October 6, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

"Ustaz, sampai sekarang saya masih belum nampak saya ini sebenarnya Allah cipta untuk buat kerja apa?", tanya Imad kepada saya, selepas Kuliah Maghrib di KTDI sebentar tadi.

"Maksudnya?", saya cuba membantu Imad memperincikan soalannya.

"Saya sudah di hujung pengajian perubatan. Belum ada kepastian kelebihan dan kecenderungan saya di mana", ujarnya.

Alhamdulillah. Imad yang ini bukan anak saya. Tetapi senama. Kebetulan yang menguja.

Alhamdulillah kerana buah fikiran yang saya kongsi sama ada melalui pertemuan di kolej, atau melalui tulisan yang saya lakar di hasrizal.com, Imad sudah dapat menangkap intipati mesej yang cuba saya sampaikan.

"Awak adalah orang kedua bertanyakan soalan ini kepada ustaz. Orang pertama adalah diri ustaz sendiri. Bertanya kepada diri sendiri soalan yang sama", saya berkongsi cerita.

"Pertamanya izinkan diri untuk mengembara. Ustaz andaikan seperti sebuah kembara di lautan yang luas terbentang", saya cuba beranalogi.

Imad dan Azhar yang menemani saya minum, terus mendengar.

Mencari jawapan kepada soalan, “saya hidup ini untuk buat kerja apa” … adalah suatu pelayaran di lautan yang luas. Jawapan kepada soalan itu memang luas.

Ya, menjadi seorang doktor… itulah karier yang menanti seorang pelajar perubatan. Tetapi lautan itu masih luas.

Doktor apa? Mahu ke medical atau surgery? Lautannya masih luas.

Itu kalau saya kecilkan soalan kepada kerjaya. Tetapi jika dibesarkan kepada soal menjadi khalifah Allah… khalifah yang bagaimana… maka lautan itu akan terus melebar.

"Habis,bila nak nampak daratannya ustaz?", tanya Imad lagi.

"Itulah persoalannya", tepat sekali soalan Imad kepada saya.

Jika kita berhenti berlayar, dan memilih untuk menjadi pulau kecil di tengah lautan, maka di situlah berakhirnya persoalan “hidup untuk apa” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIDAK BERMAKNA

Melukut di tepi gantang, kata orang Melayu. Hadirnya tidak dirasai, perginya tidak disedari. Sungguh tidak bermakna. Sebutir pulau di tengah lautan bererti cukup sahaja dengan apa yang ada.

Minum air masin, tak apa. Eloklah… daripada tak ada air langsung. Makan ikan sahaja, tak apa. Eloklah… daripada tak ada makanan langsung.

Orang yang malas belayar dan mengambil keputusan untuk bercukup dengan apa yang ada, tidak akan dapat menjawab soalan “apa peranan sebenar saya hidup di dunia ini”.

Kalau seorang doktor, mungkin sehingga jadi chronic MO! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus induksi.

Tiada pengkhususan dan tidak berjaya untuk tersendiri, kerana berpada dengan yang ada. Berhenti belayar dan mencipta daratan sendiri, biar pun hanya sekangkang kera.

Maka kita kena terus belayar… hingga nampak daratan. Pelbagai daratan. Singgahlah di daratan itu, satu demi satu, ketahui realitinya dan bukan hanya memandang pantai dari jauh.

BELAYAR LAJU DAN HINGGA KETEMU

Kuncinya ialah, belayarlah selaju mungkin agar cepat melihat daratan, agar banyak melihat daratan, agar boleh menggunakan masa untuk turun ke daratan demi daratan, dan akhirnya memilih daratan terbaik untuk tercampak ke darat menjadi gunung.

Dalam hidup ini, buat apa pun, buat yang terbaik. Terokai habis-habisan setiap peluang yang ada. Ia seumpama belayar biar sampai jumpa daratan. Beranikan diri turun ke pantai dan ketahui realiti sebenar di pantai itu.

Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.

"Ustaz harap awak berdua tidak pening dengan analogi tadi", saya tersenyum.

"Saya faham apa yang ustaz maksudkan. Kalau kita buat attachment contohnya, jika belajar sambil lewa, kita pun tak pasti kita berpotensi atau tidak di bidang itu. Kecuali kita buat habis-habisan, barulah kita tahu bidang itu adalah bidang kita atau tidak", Imad cuba menyimpulkan analogi saya.

"Benar. Jika memang bidang kita, segeralah bercucuk tanam dan memakmurkan daratan kita itu. Jika bukan bidang kita, jangan berlengah untuk terus belayar dan mencuba daratan-daratan yang lain", saya menambah.

PELAYARAN SAYA

Saya sendiri, sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan. Bekerja sebagai Imam, cikgu sekolah, Pengetua, Chaplain di hospital, penjara dan universiti, motivator, ustaz, ahli sejarah, cenderung kepada pelajar, cenderung kepada pekerja, cenderung kepada menyokong moral pesakit… pelbagai daratan sudah saya singgah.

Dan di setiap daratan itu saya berikan sepenuh keupayaan untuk menguji bakat, keserasian, minat dan kebolehan. Akhirnya pilihan yang pelbagai itu akan mula menonjolkan diri kita yang sebenarnya.

Mudah-mudahan di hujung percubaan demi percubaan itu, saya, Imad dan kita semua akan bertemu dengan keunikan dan keistimewaan diri sebagai gelanggang kita yang tersendiri… khalifah Allah di muka bumi.

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar habis baik!

Surf

http://saifulislam.com/

—————————————————————————

..maaf..

Coz_sorry_aint_enough_by_isip_bata

‘thou i know it ain’t enough…

Cerpen: Ramadan ini, pejuang Muhammad kembali

Posted on September 30, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

"KHAIBAR, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Itu lagu Kakak. Kakak nyanyikan sambil berlari. Tocang Kakak seperti ekor kuda padi pun ikut sama berlari. Ikut sama menyanyi.

"Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi! Tentera Muhammad kan kembali!"

Kakak nyanyikan terjemahannya. Kaki melangkah-lompat, kanan dan kiri silih berganti persis kuda padi.

Kakak gemar nyanyi-ulangkan rangkap lagu itu. Baik ketika berlari-lari ke kedai runcit apabila Umi mengirim-pesan barangan dapur untuk juadah buka puasa. Atau ketika berlari-lari ke padang permainan bersama rakan, mencari gelungsur, buaian dan jongkang-jongket sementara menanti Abah pulang membawa kuih dari pasar Ramadan.

Kakak gemar menyanyi-ulang rangkap yang satu itu. Sejak Abah bercerita mengenai sirah Rasulullah sambil menanti waktu berbuka puasa.

Abah bercerita tentang Rasulullah membawa seribu empat ratus pejuang merentasi padang pasir seratus batu ke utara Madinah.

"Seribu empat ratus? Ramainya!" Sampuk Kakak bermain-main dengan janggut Abah.

"Iya, seribu empat ratus! Boleh Kakak kira?" Soal Abah mengelus-elus rambut Kakak.

Kakak angkat tangan kanan dan mula membilang, "Satu," sambil membengkok ibu jari. "Dua," diikuti dengan jari telunjuk. "Tiga," diekori jari tengah. "Empat," disusuli jari manis. "Lima," diakhiri dengan jari kelingking.

Anak jari tangan kanan Kakak sudah habis digunakan. Kakak sambung dengan tangan kiri. Jari kelingking untuk enam, jari manis-tujuh, jari tengah-lapan, jari telunjuk-sembilan dan ibu jari-sepuluh.

"Boleh pinjam jari tangan Abah?" Kakak tidak mahu mengalah.

"Abah bagi pinjam pun, belum cukup juga," balas Abah sambil meraih dua penumbuk kecil Kakak.

"Ramainya!" Jerit Kakak, takjub melecet ke luar dari bibir mongelnya.

"Iya, ramai. Ada yang berkuda. Ramai yang berjalan kaki." Sambung Abah sambil mendepang tangan ke depan.

Jari tengah dan jari telunjuk Abah menguit-nguit seperti langkah kaki manusia. Abah mempercepatkan gerakan jarinya seolah-olah manusia sedang berlari.

"Macam kuda padi!" Kakak mahu ikut serta dalam sirah Rasulullah itu.

"Pandai anak Abah."

"Ke mana Rasulullah dan seribu empat ratus pejuang pergi, Abah?” Kakak tidak endahkan pujian Abah.

"Menghala ke utara Madinah. Berhampiran dengan negeri Syam. Ke Khaibar!" Jelas Abah sambil menunding tangan dan mengecilkan matanya.

"Bila sampai ke pinggir Khaibar, Rasulullah pun menjerit – Berhenti!" Sampuk Kakak sebelum sempat Abah menyambung sirah itu. Abah pura-pura terkejut.

"Kan Abah, kan?" Desak Kakak, teruja melihat Abah terperanjat.

"Kemudian Rasulullah baca doa. Kan Abah, kan?" Asak Kakak.

"Betul. Anak Abah makin pandai." Puji Abah.

"Tapi Abah, apa doa Rasulullah! Lupalah!" Kakak pura-pura kecewa.

Seperti yang Kakak harapkan, Abah cium dahinya.

Mata Abah terkedip-kedip, buat-buat mengingat kembali doa, sambil mengerling Kakak di riba.

"Cepatlah Abah!" Desak Kakak pura-pura marah kerana Abah buat-buat lupa.

"Kami pohon kebaikan kampung ini dan kebaikan penduduknya dan kebaikan isi di dalamnya. Kami berlindung dengan Kau daripada kejahatan penduduknya dan kejahatan isi di dalamnya. Maralah ke hadapan dengan nama Allah!"

Usai doa Abah itu, Kakak melompat sambil menyanyi: "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

"Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi! Tentera Muhammad kan kembali!" Kakak nyanyikan terjemahannya sambil berpusing-pusing di sekitar ruang tamu. Kakinya melangkah-lompat, kanan dan kiri silih berganti persis kuda padi. Tocang Kakak pun ikut menari.

Sedang Kakak menyanyi, Abah menekan-buka saluran televisyen al-Jazeera. Di kaca televisyen, umat Islam Palestin terkurung di wilayah Gaza dan Tebing Barat. Kakak mendengar terjemahan wawancara wartawan dengan kanak-kanak perempuan di kaca televisyen: "Ayah saya syahid. Umi saya sedang berjuang. Abang saya dipenjara. Saya mahu ikut ayah sampai syahid. Saya mahu berjuang seperti Umi. Walaupun pengganas Yahudi memenjara saya."

Abah pun bertasbih, "Subhanallah!"

Televisyen menayang pula berita keganasan regim pengganas Israel. Kakak mendengar ulasan wartawan mengenai kelengkapan dan peralatan senjata mereka untuk melakukan keganasan terhadap umat Palestin. Kakak tidak faham sepenuhnya ulasan wartawan itu, tetapi spontan Kakak berkata, "Jahat!"

Abah pun menyeru, “Wa la hau la wala quwwata illah billahil ‘aliyyil ‘azim! Dan tiada daya serta upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung!"

Doa Abah terngiang-ngiang di telinga kakak, "Kami berlindung dengan Kau daripada kejahatan penduduknya dan kejahatan isi di dalamnya."

Kakak mewiridkan lagu itu dengan perlahan-lahan, ""Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Azan Maghrib berkumandang. Abah menekan-mati alat kawalan jauh televisyen. Kakak bangkit dan berlari ke dapur. Kakinya melangkah-lompat, kanan dan kiri silih berganti persis kuda padi.

Umi menanti di meja makan. Abah mengekori dengan tersenyum. Kakak teringat gadis kecil di Palestin. Diam-diam, Kakak nyanyikan lagu itu. Sambil mengunyah tamar, Kakak nyanyikan terjemahan lagu itu.

Lagu itulah yang Kakak nyanyikan tiap kali ke taman permainan bersama-sama rakan-rakan. Mereka mencari gelungsur, buaian dan jongkang-jongket.

Sambil memanjat tangga gelungsur, Kakak menyanyi, "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Ketika menggelungsur di papan landai ke tanah itu, Kakak menyanyi terjemahannya, "Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi! Tentera Muhammad kan kembali!"

Di atas buaian, Kakak menyanyi sambil berayun ke hadapan, "Khaibar, Khaibar ya Yahud!," dan menyambungnya apabila buaian bergerak ke belakang, "Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Kakak mengulang rangkap lagu itu dengan terjemahannya, "Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi," nyanyi Kakak sambil berayun ke hadapan, lalu Kakak menambah apabila buaian bergerak ke belakang, "Tentera Muhammad kan kembali."

Kakak duduk di atas jongkang-jongket, lalu papannya turun sambil Kakak nyanyi, "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Apabila papan jongkang-jongket Kakak naik, Kakak nyanyi terjemahan lagunya, "Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi! Tentera Muhamad kan kembali!"

Kala Kakak asyik bermain-main dan menyanyi-nyanyi dengan rakan-rakan, ada juga yang nakal mengganggu Kakak.

Selalunya budak nakal, dua tiga tahun lebih tua daripada Kakak.

Kakak menyanyi sambil berbuai, "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

"Keber, Keber ya yayed. Jaisye jaisye ya yayed!" Ejek dua tiga budak nakal sambil gelak-gelak.

Kakak beralih ke jongkang-jongket bersama-sama rakannya. Kakak menyambung lagunya, "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

"Keber, Keber ya yayed. Jaisye jaisye ya yayed!" Ejek mereka lagi. Kali ini lebih berani, mereka menarik toncang Kakak dan rakannya.

Kakak bangkit, lalu bercekak pinggang. "Kenapa awak suka kacau kita orang main?"

Budak nakal itu ketawa, seperti dibuat-dibuat, lalu seorang daripadanya mengejek, "Awak nyanyi lagu pengganas. Ayah saya kata orang Arab pengganas."

Mata Kakak berkaca, retak dan pecah dengan air mata. Budak nakal itu semakin mua, lalu menolak Kakak. Kakak terbanting ke tanah berpasir. Mereka ketawa berdekah-dekah sambil mengejek, "Keber, Keber ya yayed. Jaisye jaisye ya yayed!"

Kakak pun berlari pulang ke rumah. Kali ini, tidak lagi seperti kuda padi. Tanpa lagu Kakak.

Abah baru pulang dari tempat kerja dan membibit juadah berbuka, sedikit kaget melihat Kakak berlari dalam tangisan. Bajunya penuh dengan pasir dan wajah lejuh dengan air mata. Kakak rebah dalam riba Abah.

Abah biarkan Kakak menangis puas-puas sebelum memujuk Kakak. Kakak menceritakan kenakalan budak-budak itu. Abah jeda, mengelus-elus janggut.

"Kakak ingat sirah Rasulullah?" Soal Abah sambil menggosok-gosok kepala Kakak.

Kakak angguk, mengesat air mata, sebelum Abah berkata, "Rasulullahkan selalu dihina, disakiti. Tapi Rasulullah sabar."

Kakak angguk lagi, mahu jadi macam Rasulullah. "Tapi Abah, orang Arab dalam televisyen tu pengganaskah?" Tanya Kakak, matanya berkedip-kedip memandang Abah.

"Umat Islam di Palestin berjuang mempertahankan agama dan membebaskan negara mereka. Rasulullah pun berjuang mempertahankan agama dan membebaskan kota Makkah daripada geng Abu Jahal, kan?" Soal Abah, mengucup dahi Kakak sebaik saja angguk.

"Habis pengganas tu siapa, Abah?"

"Pengganas ialah orang yang buat kejahatan dan tindas orang yang lemah. Di sana ada pengganas, di sini pun ada. Jadi Kakak kena hati-hati. Sebab itu, Abah dan Umi selalu pesan jangan cakap dengan orang yang Kakak belum kenal dan jangan benarkan orang lain sentuh tubuh Kakak." Jelas Abah, mengelus-elus rambut Kakak.

Kakak teringat berita tentang rakan seusianya menjadi mangsa keganasan. Ada gambar mereka di kaca televisyen, mahu pun di dada akhbar. Di Palestin, juga di negara ini.

"Habis itu, orang yang menentang pengganas ialah pejuang. Betulkan, Abah?" Tanya Kakak, mengesat-ngesat pipinya.

Abah angguk. Di hujung bibir Abah, tergantung senyum.

Kakak bangun dari riba Abah, memeluknya ringkas dan kembali meloncat-loncat sambil menyanyi, "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Azan Maghrib berkumandang. Kakak cepat-cepat mencari Umi di ruang tamu. Mahu bersegera menyentuh tamar untuk berbuka.

Umi selalu mengirim-pesan barangan dapur. Kakak selalu riang memenuhi permintaan Umi. Sambil nyanyikan lagu, Kakak berlari-lari ke kedai runcit.

Jarak antara rumah dan kedai tidak jauh. Selalunya tidak ada apa-apa kecuali kadangkala ada budak nakal yang sedikit mengganggu. Kerana itu, Umi berani menyuruh Kakak ke kedai runcit. Lagipun, Kakak sudah bersekolah rendah. Tahu sikit-sikit menjaga diri.

Kakak melangkah-lompat, kaki kanan dan kiri silih berganti persis kuda padi. Setiap kali kakak melompat, seolah-olah berhenti di udara. Tocang Kakak pun ikut menari.

Seorang lelaki berpakaian seragam tapi selekeh menahan Kakak. Kakak jadi cuak; lekas teringat pesan Abah dan Umi supaya tidak bercakap dengan orang tidak dikenali. Mula-mula, lelaki itu pujuk Kakak untuk mengikutnya.

Katanya, kucingnya hilang. Pintanya, Kakak tolong carikan.

Lama-lama, lelaki itu berkeras apabila Kakak enggan.

Lelaki itu terkam Kakak, lalu menekup mulut. Kakak gelepar tetapi kudrat lelaki itu lebih besar. Lelaki itu kelek Kakak dan bawa ke sebuah pondok.

Lelaki itu campak Kakak ke lantai. Picagari, sudu dan plastik berserakan. Kepala Kakak terbanting di bucu simen.

Kepala Kakak terasa basah. Kakak merasa rambut, ada air pekat. Merah. Tulang-temulang Kakak terasa bisa. Kakak hilang daya, lalu Kakak lafaz, "Wa la hau la wala quwwata illah billahil ‘aliyyil ‘azim!"

Lelaki itu terkam Kakak lagi. Dan menumbuk Kakak bertubi-tubi. Bagaikan syaitan. Bukan, bagaikan binatang. Bukan, bagaikan pengganas.

Kakak minta tolong. Pada Umi. Pada Abah dan pada Tuhan.

Kakak dengar paluan gendang. Kakak dengar derap langkah. Kakak dengar kuda dipacu.

Lagu Kakak berkumandang daripada sayup kepada nyaring: "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Entah daya dan upaya mana, kaki Kakak jadi macam kuda padi. Kakak tendang membuta-tuli. Terkena paha, perut dan akhirnya kelangkang lelaki itu. Lelaki itu merengkuk kesakitan.

Kakak bangkit, perlahan-lahan dan terketar-ketar. Kakak merangkak ke luar dari pondok itu. Suara Kakak menggigil di kerongkong.

Kakak teringat umat Islam Palestin. Kakak terbayang kanak-kanak seusia di sini. Kakak pinjam semangat mereka dan kumpul daya upaya berbaki. Kakak bangkit dengan kaki gementar. Kakak atur satu demi satu. Meski tidak seperti kuda padi, Kakak berjalan dalam payah. Kakak merasa-rasa rumput, kemudian tanah berbatu kecil dan akhirnya tar.

Mata Kakak kabur. Oleh air mata yang bergenang dan darah yang mengalir. Kakak dengar ribut-ribut suara orang.

"Kakak!" Dua tiga kali. Semakin jelas.

Itu suara Abah!

"Kakak!"

Itu suara Umi!

Suara Abah dan Umi makin rapat. Daya upaya Kakak makin ranap. Kakak pun rebah. Abah cepat merengkuh. Abah meriba Kakak. Umi bertelut di samping.

Suara ribut-ribut menuju ke arah pondok lelaki pengganas itu.

"Abah!" Kakak merasa-rasa wajah Abah. Basah. Abah menangis!

"Kakak sakit. Sakit sangat." Adu Kakak, tanpa tangisan.

Tangisan Abah menggigil, perlahan. Abah peluk Kakak, lalu berbisik, "Sabar ya Kakak. Abah bawa Kakak ke hospital." Air mata Abah menitik ke wajah Kakak. Juga air mata Umi.

"Abah, Umi, jangan menangis ya!" Kakak jadi tabah. Kakak mahu pulangkan semangat umat Islam Palestin dan rakan seusianya. Kakak pun berjuang daripada kejahatan pengganas. Kakak sudah jadi pejuang.

Kakak dengar paluan gendang. Kakak dengar derap langkah. Kakak dengar kuda dipacu.

Sayup-sayup Kakak dengar lagu Kakak, "Khaibar, Khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saya’ud!"

Mata Kakak berat. Bibir Kakak kering. Meski belum menyentuh tamar, Kakak tahu, tentera Muhammad yang satu ini akan pulang!

BIODATA:

NAZMI Yaakub, nama pena bagi Mohd Nazmi Yaakub yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, pada

10 Februari 1978 adalah lulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar as-Syarif Cawangan Damanhur, Mesir. Cerpennya mendapat tempat dalam akhbar dan majalah arus perdana negara ini dan dua novelnya, Lambaian Huda diterbitkan Creative Enterprise dan Merentas Sungai Sejarah (Dewan Bahasa dan Pustaka. Memenangi Hadiah Ketiga Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Hadiah Sastera Penulis Muda Negeri Kelantan anjuran DBP Wilayah Timur 2001/2002. Kini berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian.

1st cerpen - More Than Words..

Posted on May 21, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam wrt..1st cerpen..yg ditulis oleh seorang sahabat yg sgt nadia hargai, jzkk.. Ampuunn..ssghnya nadia tak sempat nak hasilkan cerpen sdiri.. keinginan tu ade, tp,musim2 exam ni, huhu , idea pn tak datang2, lalu terkubur ajela harapan.. jazakumullah khairan kathira semua kerana bg semangat, nadia akn cube ‘maintain’ keinginan & develop bakat dlm bab2 ni..hehe insyaAllah.. Ape2pun, eventhou ni bukan hasil tulisan nadia sdiri,nadia rase nak sgt share kisah ni dgn sahabat2 yg nadia kasihi semua.. memandangkn kisah ni sbnrnya ditulis dari hati, harapan nadia, semoga semua yang membaca pun, membaca dari hati juga, and semoga telus ke hati.. insyaAllah.. :)

………………………………………………………………………………………

“Tidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!”


Astaghfirullahalazim..aku beristighfar
panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur
yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas,
sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara
bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku
ketika jaga..


Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya
mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan
apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini
genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa
yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat
berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang
sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..


Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil
terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang
akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara
tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik
seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang
bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat
tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran..
Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir
setahun lepas..


“Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg
arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je..
kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang
macam tula .”
 Aku berfikir sejenak.. “Ooo..Layan ajela.. aku orait je” Lantas
persetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang
baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku
ia hanyalah satu tugas…..


“Kau bertugas untuk siapa??!!” 


Ahhh.. keluhku sendirian.. kalau bukan kerana tugas
tersebut.. pasti tidak wujud perasaan yang ku alami kini.. Majlis tersebut
memang penting, kerana bermula dari majlis itulah telah bercambah pula
majlis-majlis yang seumpama dengannya.. Timbul rasa bangga dihatiku, dapat
menjadi ‘pioneer’ atau pembentuk acuan untuk persembahan pada satu majlis yang
besar. Memang benar, tugas sebagai ajk persembahan untuk sesuatu majlis memang
mudah.. Mudah dalam erti kata membuat pilihan untuk mereka yang berminat
membuat persembahan.. Asalkan menarik dan cukup latihannya, maka terpilihlah..
Mana yang hanya bagai melepaskan batuk ditangga, jangan haraplah.. Terlintas di
kepala senarai peserta-peserta yang dipilih untuk membuat persembahan pada
majlis tersebut.. ada yang mempersembahkan kugiran, sajak, pentomin.. dan tidak
ketinggalan juga tarian.. Saat itu, hatiku bergetar semula, panas dirasakan..


Tika itu, pada fikiranku, tiada yang
tidak kena pada pemilihan peserta untuk tarian.. kerana matlamat asalnya untuk
mengumpul segala jenis tarian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu,
Cina dan India..Jadi, dipilihlah sebuah kumpulan tarian dari bangsaku sendiri,
iaitu dari saudara-saudari seagamaku sendiri.. Niat asalnya hanyalah mahukan
sebuah persembahan yang mempersembahkan tarian asli Melayu.. hanya itu matlamat
asalku..


“Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara!!!!”


 Aku tersentak.. suara itulah
yang kerap kali mematikan lamunanku.. menyedarkanku dari angan kosongku,
menggetarkan seluruh tubuhku.. Ku teguk air yang kian kontang.. Fikiran ku
melayang mengingati peristiwa yang berlaku hanya beberapa hari sebelum majlis
itu berlangsung..

“Danial, boleh tak kami nak berjumpa dengan awak
dan rakan-rakan yang terlibat menguruskan persembahan untuk dinner nanti.. Di
surau ya?”.

"Ada
hal penting ke?”
soalku..” “Iya,sangat penting” lantas berlalu meninggalkanku.
Dialah Ummu, salah seorang penggerak usrah di tempat belajarku.. Memang sudahku
duga tujuan dia ingin menemui kami, pasti tentang persembahan pada dinner
tersebut.. Isy, adela tu yang tak kena pasal persembahan.. aku dah agak dah..
diorang ni, ade je yang tak boleh.. bisik hati jahilku.. Sesungguhnya, tiada
yang kurisau tentang pertemuan itu.. Iyalah, masakan tidak.. Aku tidak
mempunyai masalah untuk berdialog, mahupun berbahas.. mungkin mewarisi darah
seorang pensyarah dan motivator.. mulutku cukup lancar berbicara, apatah lagi
jika bertikam lidah…..

Alangkah baiknya jika kelancaran lidahku bertutur
disulami ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan kukuh.. pasti membuahkan
hujah-hujah yang cukup ilmiah.. Malangnya.. demi menegakkan pendapat dan
pengetahuan yang serba-serbi jahil..


“Kalau boleh.. korang cubela stop atau
tukar tarian dari sahabat-sahabat kita tu.. Paling kurang pon, terhadkan
pesertanya dari kalangan lelaki sahaja”
pinta Ummu dgn harapan tiada
rakan-rakan perempuan yang mengambil bahagian dalam tarian..

“Bukannya tak
boleh, tapi nanti hambarla persembahan tu.. sebab penyerinya memang perempuan”
pantas sahaja lidahku menjawab. 

"Ini bukan soal berseri atau tidak Danial.. ini
soal halal, haram & maruah agama..Lagi yang paling penting,maruah & kehormatan wanita tu sendiri.. Awak pun tau, sudah terang dinyatakan oleh agama, wanita tak boleh menari di khalayak ramai, membuat gerakan-gerakan yang boleh menimbulkan syahwat dan keinginan buruk orang terhadapnya . Sedang sesama perempuan pun ada batasnya, apatah
lagi dihadapan bukan mahram dan kaum yang bukan seagama dengan kita.. di mana
maruah Islam ?? ”
 Ummu semakin keras mempertahankan hujahnya..

"Alaa..kitorang
dah cakap kat mereka, pakaila pakaian yang bersopan.. No dedah2.. kitorang pon
dah fikir pasal benda-benda macam tu”
sekali lagi kejahilanku terserlah..

“Maaf, bukan nak rosakkan plan, tapi semua tu pun sahabat-sahabat kita kan..kami
takkan minta bende ni kalau bukan atas dasar sayangnya kami pada mereka, tak
sanggup mereka di azab Allah kelak dek sikap tutup mata kami..”
Dia tidak putus
asa memujuk.

“Camnila, kitorang susah nak cancel atau tukar tarian diorang,
ramai yang demand nak tengok sebab diorang tu bagus.. kitorang akan try cakap
supaya dilimitkanla segala benda yang agak-agak tak sesuai”
 pantas ku membuat
kesimpulan, tidak memberi peluang nur Ilahi singgah dihatiku..wajah Ummu merah,
muram penuh kekecewaan..


“Tidak malukah kau dengan Tuhan yang Agung??”


Astaghfirullah! aku tersentak.. panas
makin kurasakan, kesal makin menebal. Kalau ku bentuk acuan untuk persembahan
pada majlis yang pertama tersebut tanpa disertai tarian, pasti tidakkan ada
lagi saudara seagamaku yang meneruskannya pada tahun ini.. Tapi, dek
kejahilanku pada masa lalu, dek kerana ingin mencapai matlamat duniawi yang
serba lagha, kini kemestian adanya tarian dalam majlis seumpama itu bagaikan
wajib..(“Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling
dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada
sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih”
31:7..)
Ya Allah, terasa sungguh berat beban yang ku pikul.. Adakah
bisa Kau mengampuniku?? Aku terduduk kaku.. 


Perbualan singkatku dengan Rahim pagi tadi ku rasakan menambah
lagi beban dosa seberat gunung di bahuku… “Wei Dani..ko ade dengar citer tak..
dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. pergh.. gile
betul ar, dah nak jadi ape aku pon tak tau”
….. kelu….. lidahku yang begitu
lancar berbahas dengan Ummu lebih setahun yang lalu kini kelu.. jadi bisu.. ”Ey
Dani, ko ok x ni? asal semacam je aku tengok.. rilek ar.. diorg nk buat tu
diorg punye pasalla.. asalkan xde budak-budak kite tengok”
ujar Rahim bagaikan
mengerti isi hatiku..

Persoalannya..
benarkah nanti tiada rakan-rakan seagamaku yang akan melihat acara maksiat itu?
Atau adakah mereka akan terpaku dan terhibur, dan meminta pula untuk diadakan
semula untuk tahun berikutnya?……… 

“Tidak terasa
beratkah dosa yang kau pikul??!!”

Aku pasrah.. tunduk dan mengakui
kerdilnya diri ini berbanding Allah yang Maha Esa.. Sesekali timbul rasa kesal,
kepada Ummu dan rakan-rakannya.. Hati ini kerap ingin menghulur kemaafan..
kalau diri ini tidak sejahil aku yang dulu, pasti tidak ku bahas nasihat dan
niat murni mereka.. tapi seringkali niat untuk memohon maaf terhenti.. bukan
kerana ego seorang lelaki.. tetapi kerana terlalu tebalnya muka, malu untuk
berkata-kata.. Di saat ini hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh
ini.. Dialah juga tempat ku pohon keampunan, semoga diringankan beban yang
kupikul ini.. Semoga.. 


Kakiku mengatur langkah ke bilik air.. Seluruh anggota wudu’ ku siram dengan
air dingin malam.. menyapu wajah yang penuh malu.. menyuci anggota tubuh yang
terasa sangat kotor.. Jika ku sedar hakikat kejadian diri ini dari seketul
tanah yang kotor,pasti tidakkan ku biar lidahku berbicara lebih laju dari
ayat-ayat Yang Maha Esa..namun itu semua sudah berlaku..dan aku bernafas dalam
jiwa yang sudah tercemar..Semoga Allah mengampunkan kesalahanku.. Semoga Allah
membuka hati mereka yang masih tertutup.. Semoga Allah membantu Ummu dan
rakan-rakan yang sentiasa memperjuangkan peraturan Allah.. dan.. Semoga Allah
meletakkan hati ini tanpa dapat digoncang lagi oleh angan dunia.. agar bisa ku
menjadi tenteraMu.. Amin…… 

“Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan,
betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan
kepada mereka) “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian
itulah kemenangan yang agung “
 

“Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada
orang-orang yang beriman, “Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu.”
(Kepada mereka) dikatakan, “Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri
cahaya(untukmu).” Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang
berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab”
 

“Orang-orang
munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama kamu?”
mereka(org2 mukmin) menjawab, “Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri,
dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan
kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya
kamu tentang Allah…..” 57:12-13

Daun

mencungkil bakat yg dh sedia ada..

Posted on May 14, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Nurul Hayati : salam nadia….
Nurul Hayati : saje nak bagitahu ni….
Nurul Hayati : http://nasivodnia.blogspot.com/
Nurul hayati : ni url blog aku….janji lepas ni tak tukar2 dah..
Nurul hayati : rajin2 lah ye kasik semangat kat aku…hehe…kalau teringat ko aku mesti semangat!

bile dpt msg ni, bkn tgh tdo or bkn berada pd situasi yg xmengizinkn utk reply, tp xreply sbb terharu sampai xtau nak reply mcm mana..xsangke, org yg jd sumber kekuatan  & smgt pd sy pn turut merasai perkara yg sama..same2 menyumbang kpd semangat masing2..time kasih Nurul,sgt terharu…moga kite same2 sntiasa bsmgt!! iAllah..:) ( & maaf sgt2 sbb xreply..)

herm..saye teringat perbualan online bsama kakak sy di Scotland di awal pg b4 start usrah,sambil2 menuggu kehadiran ahli2 yg lain..

"saye agk kesal dgn pelajar2 skrg..ramai yg boleh menulis, tapi ramai yang tidak mahu menulis..sedang itu yang remaja2 dan anak2 muda perlukan sekarang, hasil2 tulisan kite.." saye akui kebenaran kata2nya..saya sgt kagum dgn kakak sy,walaupun die sgtlah bz,tp die ttp luangkn masa utk menulis,menyedarkn manusia ttg hakikat diri mereka,mengenalkn org ramai pd keindahan Islam,meyakinkn kite betapa pentingnya dakwah dlm kehidupan seharian,pendek kata,die menulis atas dasar cinta pd Islam, atas kesedaran perlunya umat hari ini utk bukan setakat tahu,tapi faham Islam,seterusnye sebar luaskn Islam.

Kemudian die sambung lg.."kalau nak harapkan saye sorang aje yg menulis,tak bolehla mcm tu.." herm,terpaksa saye akui lg, cerpennya sangatlah famous, rata2 bloggers mmg just copy & paste hasil tulisannya..kalau cerpen2 yg femes zaman skrg ni,dan yg sering jadi cerite2 di masa lapang, kebanyakannya memang berasal dr dia..sy faham,ape yg die maksudkn dgn ‘tak boleh’ bukanlah ketidakmampuannya utk menulis berseorangan,tp sbb mmg sbnrnye ni bkn tugas die sorg aje,tp tggjwb semua yg pernah tulis essay zaman2 skolah dulu,spy bakat menulis yg Allah anugerahkn,yg sepatutnya boleh digunakn utk ISLAM,tak tbuang dgn sia2..

Tiba-tiba.."saye rase awk kene tulis cerpen la nadia.." erk,terkena pd diri sdiri pula.. "herm,sy bkn taknak tulis akak,tp sy sgt kurang membaca cerpen & novels ni, sy asyik bace articles je,jd tak taula nak menulis ayat berbunga2 ni..sy kene byk membaca lagila kot.." alamak,beralasankah sy? herm, belum sampai seru utk sy ‘menceburkn diri’ dalam bidang penulisan cerpen ni..ade ke org nak bace nnt?

Adik_Moscow : blog akk..ramai yg org tgk..org suke lawat
Adik_Moscow : camne2 pon..diorg akn bc
Adik_Moscow : n kalau 1st try akk x cukup utk impress diorg
Adik_Moscow : diorg akn still bc ur next try
Adik_Moscow : percayela..

(berfikir……………….) (nokhtah)

Ape2pn entry ni sbnr2nye bertujuan nk share dgn korang blog sahabat sy,Nurul n mmg highly recommended utk korg visit her blog,sbb stp kali sy bace blog dia,pasti akn tinggalkn kesan yg dlm thadap diri sy..mungkin sbb die btul2 menulis dr hati..sy petik sket entry die ttg bakat ni..

"Kalau
kamu ada bakat, kembangkan bakat itu untuk Islam. Bakat yang ada
manfaatkan untuk membantu ummah. Jihad Muntij. Berusahalah sehingga
benar-benar letih"..

Setuju!! Tak semestinya bakat dlm bidang penulisan aje,tp bakat dlm bidang apa2 pn, bercakap, berbisnes, music, melukis, photgraphy, ape saje pn, gunekanlah anugerah Allah pd kite tu utk Islam,..buka minda kite ttg dakwah, bkn semata2 usrah,tp ini pn salah satu caranya! dan inilah masanya!! Salurkan bakat kite pada Islam, pasti akan rase lebih puas & berbaloi!! \(^_^)/

Jd,bbalik kpd tujuan asal,buat yg suka mbaca,n yg tak brape suka pn,lawatlah blog Nurul nnt http://nasivodnia.blogspot.com/ byk cerita2 yg menarik & bermanafaat dlm blog Nurul,n kt situ jgk tersenarai link2 ke blog2 lain yg sangat menarik jugak :) - Maaf Nurul,xminta kebenaran nk promote blog awk,tp sbb rase rugi kalo tak share dgn org lain,so kire okla ye,hehe..~

wallahua’lam,wsalam wrt :)

58499153_e0c220ec61

berminat terhadap diri sendiri…

Posted on May 13, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Sedar atau
tidak, dalam banyak2 ciptaan Allah yang menarik perhatian kite atas muka bumi
ni, yang paling menarik perhatian kite skali adalah..diri kite sendiri..ye,kite
sangat tertarik & berminat kepada diri sendiri..

Contoh yang
paling mudah, bile kite lihat foto kt website ke, kt fotopages ke, kt
friendster kwn2 kite ke, ape yg menjadikn kite excited ialah,bile kite ade
dalam gamba tu!! Or lagi bukti, bile kite ambik gamba ramai2 gune
digicam..lepas tu semua berkerumun nak tgk.."ok tak gamba tu? Nak
tengok..nak tengok!!" "ok,muka aku dah comel/ensem..pass2..!!"

or "ala,tak jadila gamba ni,aku berdiri sengetla..smula2.."
pdhal gamba tu as a whole dah sangat menarik,tp sebab pusat penglihatan kite
adalah diri kite,yg mane kite rase agk ‘senget berdirinye’ jadila gamba tu
keseluruhannya ,tak lawa..

Hehe,sy tak
kate sikap mcm ni sikap yg mazmumah.. sikap “melihat kepada diri sendiri”
sebenarnya adalah sikap yg sangat bagus, tp sayang jika hanya diamalkn ketika
melihat foto2 atau ketika membaca articles or blog kwn2 yg ditulis name kite..
Alangkah baik dan beruntungnya kite bile kite dpt aplikasikan “sikap
berminat/tertarik/melihat kepada diri sendiri” ni dalam setiap perbuatan
kita,setiap hari..

“die solat tak
khusyukla,die pandang tepi td..” bagaimana pula solat kita? Di mana pointnya yg
menjadi hitungan nilai kekhusyukan solat kita? Wudhu’ kite mcm mana? Niat kita? Tertib
kita? “Peliharalah kamu segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang
Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu)
dengan taat dan khusyuk.”
(2:238)

Dlm kes lain,
“teruk betul la die tu,buruk sungguh perangainya” namun, sekurang2nya sikap
buruk die adalah kerana kejahilannya ttg hukum, sedangkan sikap buruk kite adalah
kerana keenganan kite untuk laksanakan apa yg Allah suruh,dan krn kedegilan
kite untuk ttp buat ape yg Allah larang..di mana peranan kita untuk betulkan
apa yg kita lihat buruk tu? Cukupkah sekadar, membenci dan mencaci? Alangkah
lemahnye kite..

Teringat
firman Allah s.w.t : “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang
beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?”
(Al-Hadid:16)

Ayat yg
berbentuk soalan, yg juga berbaur kesal.. Allah bertanya kpd
kite, kpd siapa? Ya kita.. orang2 yang beriman,kalo dalam gaya bahasa kite seolah2
mcm ni la “tak sampai2 ke lg masenye utk korang betul2 mematuhi suruhan &
peringatan Aku pd korang and tak sampai seru lg ke utk korang ikut ape yg dah
termaktub dalam Al-Qur’an?”
aduh,terasa nada hampa Allah pada kita..masyaAllah,
masih sanggupkah kite utk teruskn akhlak buruk kite, sikap endah2 tak endah
kite pd Allah dan ‘sombong’ dgn ayat2Nya? Sesungguhnya Allah takkan mendapat
kerugian sedikitpun dengan sikap degil kite, melainkan kite yg akn merana nnt..
“Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah engkau kepada Allah,
timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh
itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam dan demi sesungguhnya,
(Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal..”
(2:206)
waiyazubillah..

Berbalik kepada sikap kite bile tgk gamba td,gamba tu akn di
lihat sbg gamba yg sgt tak best bile posisi kite dlm gamba tu dh tak betul
ke,senyum mcm buat2 ke,rambut tak kemas ke,tudung senget2 ke,biarpun orang lain
dah segak n sangat bergaya.. bile kite dh men’spoi’lkn keadaan,wujudnye
sumthing wrong sumwhere kan.. begitulah juga rasa yg perlu kite tanamkn dlm
diri..perlu kite realize,teladan kite yg buruk,tutur kata kite yg tak dijaga,
eventhou kite sorg je tetap akn menyumbangkn kejelekan pada gambaran ummah as a
whole..memang sangat tak best!!

Oleh
itu,baiklah sekirenye kite dpt gunekan sikap “melihat kpd/berminat terhadap diri sendiri” ni
sbg method “muhasabah diri” menilai dimana kekurangan kite, sudahkah kite
tunaikan hak kite pd Allah, pd Rasul, pada ibu bapa, pd diri sendiri, pd ummah
dan khasnya pd ISLAM? Ape yg dh kite buat utk ISLAM hari ni? “Dan
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya..”
(3:104) tertunai
sudahkah tggjwb kite thadap Islam hari ni? ^_^ insyaAllah,refleks
diri..wallahua’lam..~

361582150_72bfe50ba7

Marah sebab cinta, benci atau jahil..?

Posted on May 9, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Saya masih ingat sikap `unik’ (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung
dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk
meletakkan barang usang yang `kurang’ atau tidak perlu. Selalunya
botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu
tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang
pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik’ itu hendak diambil
oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak
guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya
tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi
Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan. 

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum. 

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita…"

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian…

Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar’ cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar’ ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti. 

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang
usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali,
tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak
digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita
muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin
provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah  buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun
kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat
perlu."
"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul
dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini
tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi
masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak
esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.   

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu,
marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela.
Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing’ siswa ini
berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu.
Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia
nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani
mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."


"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu,
barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan
musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak
benar-benar mencintainya!"


"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan
mempamerkan `kemarahan’ kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

42836916_1709509ffa_1

.Wise.Patience.Think.Act.

rase diri cam bes je..:)

Posted on May 6, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

485728586_c18598e1b4

SOMBONG,
takabbur, atau merasa diri besar adalah masalah
yang sangat serius
. Kite mesti berhati-hati n tak boleh pandang
remeh perkara ini,sebab kesombongan inilah yang menyebabkan syaitan terusir
dari syurga dan kemudian dikutuk oleh Allah selamanya.

Hadirnya
rasa takabbur sangat halus sekali. Banyak orang telah merasa tawadhu (rendah
hati) padahal dirinya sedang menunjukkan sikap takabbur. Tentang sikap takabbur
ini Rasulullah SAW bersabda: “Tidak
akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan walau seberat
debu.” (HR Muslim).
Allah benar-benar mengharamkan syurga untuk
dimasuki orang-orang takabbur. Takabbur hanya layak bagi Allah yang memang
memiliki keagungan sempurna. Sedang seluruh makhluk hanya sekadar menerima
kemurahan dari-Nya.

Penyakit takabbur memang benar-benar seperti bau busuk yang tidak dapat ditutup
dan disembunyikan. Orang yang mengidap penyakit ini demikian mudah dilihat oleh
mata telanjang orang awam sekalipun dan dapat dirasakan oleh hati siapapun.

Perhatikan penampilan orang takabbur! Mulai dari hujung rambut, lirikan mata,
tarikan nafas, senyum sinis, tutur kata, jumlah kata, nada suara, bahkan
senandungnya pun benar-benar menunjukkan keangkuhan. Begitupun cara berjalan,
duduk, menerima tamu, berpakaian, gerak-geri tangan bahkan hingga ke jari-jari
kaki. Semuanya menunjukkan gambaran orang yang benar-benar buruk perangainya.

Ada soalan yang best-Wajar tak sebenarnya seseorang itu bersikap
takabbur, jika seluruh kebaikan pada dirinya semata-mata hanya berkat kemurahan
Allah pada dia?
tentu skali tidak,kan? Sbb,kalaulah Allah nak,
dia boleh dilahirkn sebagai kambing. Tentu saja time itu takde lagi yang boleh
disombongkan. Atau kalau Allah mahu, dia boleh dilahirkan dengan kemampuan otak
yang minimum. Bahkan jika Allah takdirkan dia lahir di tengah-tengah suku
pedalaman di hutan belantara, maka pada saat ini mungkin dia tengah mengejar
babi hutan untuk makan malam. Apa lagi yang boleh disombongkan dan dibanggakan?

Marilah kita berhati-hati dari bahaya kesombongan ini. Jika penyakit ini datang
pada kita, kita akan sengsara.sbb ape sengsara? sbb org yg ade sifat ni,takde
‘can’ nak masuk syurga nnt, waiyazubillah..Langkah berhati-hati ini boleh
dimulai dengan mengenali ciri-ciri takabbur.Ape die? Rasulullah SAW bersabda “Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan
merendahkan sesama manusia.” (HR Muslim)
. Jika dalam hati kita
ada satu dari dua hal ini, atau kedua-duanya ada, itu pertanda kita telah masuk
dalam golongan orang-orang yang takabbur,nauzubillah..

Sesetengah orang merasa dirinya paling mulia, baik, soleh, dekat pada Allah,
makbul doanya, berkat urusannya, dan lainnya. Kalau ada kebaikan dilaporkan
kepadanya, dia berkata: “Oh, siapa yang mendoakannya dulu?” Dan ketika datang
padanya keluhan berupa musibah, dia berkata: “Ah, itu biaselah, saya pernah
mengalaminya lebih teruk dari itu..”

Ini adalah gambaran kesombongan. Orang merasa diri lebih dekat pada Allah, lalu
memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan. Perilaku seperti ini
jika diteruskan akan merugikan pelakunya. Hakikatnya, semua kebaikan dan
keburukan terjadi dengan izin Allah. Katakanlah (wahai Muhammad) bahwa semuanya
(kebaikan dan keburukan itu) adalah dari sisi (atas takdir) Allah. (An Nisaa
:78). Kita takkan berdaya membuat kebaikan dan keburukan jika Allah tidak
menghendaki hal itu terjadi.

Jadi,
nyahkah sifat takabbur dalam diri,kite semai sifat tawadhu’ n rendah diri,
namun,jgn sampai hilang keyakinan diri..yakin dalam tawadhu! insyaAllah.. “Bertawadhu’ (merendah dirilah) hingga
seseorang tidak menyombongkn diri terhadap lainnya dan seseorang itu tidak
menganiaya yang lainnya.” (HR Muslim)

369456126_bab428fc51

~ yakin diri
dalam rendah diri ;) ~

Cawan yang cantik :)

Posted on April 26, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk
mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yg
cantik.


‘lihat cawan itu,’kata si nenek kepada suaminya.’kau betul,inilah cangkir
tercantik yg pernah aku lihat’ ujar datuk.
pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan
berbicara:-
‘terima kasih untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak
cantik.sebelum menjadi cawan yg dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yg
tidak berguna. namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tangan kotor melempar
aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku
merasa pening. ‘Stop!Stop!’ aku berteriak. tetapi org itu berkata, ‘Belum!’Lalu
ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

‘Stop!Stop!’ teriakku lagi.tapi org ini masih saja meninjuku,tanpa menghiraukan
teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.

‘Panas!Panas!’ teriakku dgn kuat. ‘Stop!Cukup!’teriaku lagi. tapi org ini berkata
,’Belum’. akhirnya is mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai
sejuk. aku fikir,selesailah penderitaanku.


Oh ternyata belum. setelah sejuk aku diberikan kpd seorg wanita muda dan ia
mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. ‘Stop!Stop!’ aku berteriak. wanita
itu berkata, ‘Belum!’. lalu ia memberikan aku kpd seorg lelaki dan ia
memasukkan aku sekali lagi ke api yg lebih panas dari sebelumnya. ‘Tolong!
hentikan penyiksaan ini!, sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. tapi
org ini tidak peduli dgn teriakanku.ia terus membakarku. setelah puas
‘menyiksaku’ kini aku dibiarkan sejuk. setelah benar2 sejuk seorg wanita cantik
mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. aku melihat diriku. aku terkejut
sekali. aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yg
begitu cantik. semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala
kulihat diriku.

————————————–


Seperti inilah kehidupan yg membentuk kita. dalam perjalanan hidup akan
byk kita temui keadaan yg tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan,dan byk
air mata. tetapi inilah satu-satunya cara utk mengubah kita supaya
menjadi’cantik’

jgn lupa bahawa cubaan yg kita alami tdk akan
melebihi kekuatan kita. Ertinya tdk ada alasan utk tergoda dan jatuh dlm dosa
apabila anda sedang menghadapi ujian hidup. jgn kecil hati,krn Tuhan sedang
membentuk anda. bentukan2 ini mmg menyakitkan tetapi setelah semua proses itu
selesai,anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda utk kehidupan yg
lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dgn pelbagai dugaan), sehingga Rasul dna orang-orang yang beriman bersamanya berkata "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.." 2:214


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dam sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.." 2:155

 

113566464_d3ae48ada0

Kerana ini jalan pilihanku..~

Posted on April 24, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam wrt..dah lame dah sebenarnya baca kisah ni,tp hari ni br terdetik utk share bersama..kenapa,wallahua’lam hanya Allah jua yg Maha Mengetahui..tp sangat best!! ^_^ mungkin ramai yg dh bace,sgt best,kan..kan?? bg yg blum bace,bacela..hehe..tq kak for this meaningful story..:)

164879354_b4855e76be

Berapa kali aku
kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea , di salah satu
tempat di Wales !

‘ Aku dah bilang
kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan
malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

Swansea ayah,
Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia
menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London .

‘ Tak mengapa
Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’
Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

Aku mengeluh di
saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang
panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang
telingaku.

‘ Aku dah bilang
kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang
kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika kau
balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

Dia masih tidak
berkata apa-apa. Membiarkan si ayah memuntahkan segala isi hatinya yang
terbeku. Padanya ayah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya di bumi berhawa
dingin itu.

‘ Usrah-usrah tu
bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi jangan sampai
berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study
langsung. Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam
itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita
Islam hadhari’

Teringat dulu ayah
pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning
katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak
berlebihan dan tidak berkurangan.

‘ Ayah memang
kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah. Macam mana nanti
kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa? Kau nak cari kerja
macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau nak kasi mereka makan
pasir ke?’

Aku merenung
lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi
rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku.
Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan ayah di balik
telefon.

Setiap kali aku
mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka
ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

‘Dan hendaklah
berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau
membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’:
23)

 
Benarlah
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang
tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang
dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa matang dan ada
pancaran-pancaran jerawat di mukanya. Badannya sedikit gebu. Tapi aku tidak melihat
kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon
isteri pilihanku, jawapanku hanyalah;  dia seorang akhwat yang mengikuti
tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah
menyesal membuat pilihan itu.

‘Ayah…’ ujarku
dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek
tuduhan-tuduhan si ayah.

‘Ayah, Hisham
sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma fail satu modul
sahaja.’

‘Sama jelah .
Kalau dah fail tu fail juga…’
Ayah memotong.

‘Bukan begitu.
Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena
ulang tahun.’

Aku membayangkan
betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di
kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik
segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan
kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik
sewaktu sekolah menengahnya.

‘Abang ikut
tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’
begitu kata adik
bongsuku tatkala ditanya. Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak
mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

Barangkali kerana
itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut tabligh ayah! Hisham ikut
tarbiyah!

‘Modul periksa itu
modul terakhir Hisham kena ambil. Tapi waktu periksa hari itu, Hawa dan Hisham
kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat
nak jawap soalan periksa betul-betul.’

Ayah berdengus
kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

‘Apapun, ayah tak
nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita
biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

Kadang-kadang aku
kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang
aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai
lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan
mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak
berfaedah.

Pertemuanku dengan
seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan
yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku
dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat
itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

‘Kau sanggup
berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda
kau ni nak habiskan masa baca Quran je? Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah
? Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang
ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’
Itulah kata-kata teman serumahku di kala
mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

‘Tapi aku tak
jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita buat selama ini.
Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak. Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama-lama aku
rasa boringlah.Hidup takde tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa
juga.’

‘ Kau memang dah
berubahlah, Sham.’
  Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan
teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza.
Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

Aku berasa bahagia
tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman
serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau
mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu
kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang
kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa
walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan
sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

‘ Dan sungguh
akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi
tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat
dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar.Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi,’( Al-A’raf: 7)

Aku berdoa agar
keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran hidayah ini. Aku berdoa
agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan mahu beramal dengannya. Kerana
hidup di bumi UK ini, perbezaan antara kafir dan Islam adalah terang dan jelas.
Minum arak, pergaulan bebas, pergi kelab malam dan makan babi adalah nyata
perkara haram. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam
manakah yang bukan kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam
dan berfoya-foya. Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara
apabila pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan
kehidupannya menjadikan dia sedemikian. Dia memerlukan Allah untuk hidup. Dia
memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran kekufuran. Sebab itu
di saat sahabat-sahabat seperjuangan mengajaknya untuk belajar tentang agama
Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan bahagia di saat hatinya dekat
dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan bagaimanakah lagi dia boleh membawa
teman serumahnya mengikuti jalan yang dia ikuti kini.

‘ Wahai
orang-orang yang beriman. Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia
menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,’ (Anfal:24)

Kerana itu Hisham
ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu! Dan Hisham mahu orang sekeliling
Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi
sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Hisham tapi adalah semata-mata kerana
Allah mahu menguji Hisham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah
berikannya ujian. Jangan ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

Mahu sahaja
dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia mahu ayahnya
memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada ayah tatkala
dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang
putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

‘Abang…’
Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

Result abang dah dapat dah
ini..’
Siti Hawa berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

Aku membuka sampul
itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

‘Alhamdulillah….’
Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

Pantas jemariku
mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

‘Assalamualaikum
ayah, Hisham dapat first class
honor
.….’

Dan di saat itu
dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai
keriangan hatinya…

Atas Nama Cinta

Posted on April 16, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

To
My dear sahabat2 fillah, di Moscow, Nizhny, Volgo, Kursk, Ukraine, UK &
Eire, Aus, Indon, Mesir, France, Sweeden and di Malaysia
yg sgt nadia syg, Nadia tujukan
lagu ni khas utk korang semua.. :) Moga korg semua sentiasa dlm lindungan rahmahNya, insyaAllah..~ lagu die korang boleh dgr kt sini :) (http://profile.imeem.com/Fpc9Rg/music/f-fy9Ppk/atas_nama_cinta/) - copy n paste this link kt comp masing2 ,hehe..~

Atas
Nama Cinta by UNIC

Tika
mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

"Ya Allah, sahabatku penyeri
hidupku..mesra kami penawar duka, rindu kami menambah cinta, rajuk kami membuah
ceria.. ya Allah, silaturrahim kami ukhuwwah fillah, bermusuh kami naizubillah,
berpisah mati insyaAllah.. ya Allah, sahabatku saudaraku jua, rahmati kami
meniti usia, terpisah kami di alam nyata, temukan semula di taman
syurga..insyaAllah.." sayang semua!! ^_^

110906039_a8a5e9d9c1