1st cerpen - More Than Words..

Posted on May 21, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam wrt..1st cerpen..yg ditulis oleh seorang sahabat yg sgt nadia hargai, jzkk.. Ampuunn..ssghnya nadia tak sempat nak hasilkan cerpen sdiri.. keinginan tu ade, tp,musim2 exam ni, huhu , idea pn tak datang2, lalu terkubur ajela harapan.. jazakumullah khairan kathira semua kerana bg semangat, nadia akn cube ‘maintain’ keinginan & develop bakat dlm bab2 ni..hehe insyaAllah.. Ape2pun, eventhou ni bukan hasil tulisan nadia sdiri,nadia rase nak sgt share kisah ni dgn sahabat2 yg nadia kasihi semua.. memandangkn kisah ni sbnrnya ditulis dari hati, harapan nadia, semoga semua yang membaca pun, membaca dari hati juga, and semoga telus ke hati.. insyaAllah.. :)

………………………………………………………………………………………

“Tidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!”


Astaghfirullahalazim..aku beristighfar
panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur
yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas,
sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara
bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku
ketika jaga..


Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya
mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan
apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini
genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa
yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat
berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang
sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..


Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil
terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang
akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara
tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik
seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang
bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat
tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran..
Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir
setahun lepas..


“Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg
arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je..
kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang
macam tula .”
 Aku berfikir sejenak.. “Ooo..Layan ajela.. aku orait je” Lantas
persetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang
baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku
ia hanyalah satu tugas…..


“Kau bertugas untuk siapa??!!” 


Ahhh.. keluhku sendirian.. kalau bukan kerana tugas
tersebut.. pasti tidak wujud perasaan yang ku alami kini.. Majlis tersebut
memang penting, kerana bermula dari majlis itulah telah bercambah pula
majlis-majlis yang seumpama dengannya.. Timbul rasa bangga dihatiku, dapat
menjadi ‘pioneer’ atau pembentuk acuan untuk persembahan pada satu majlis yang
besar. Memang benar, tugas sebagai ajk persembahan untuk sesuatu majlis memang
mudah.. Mudah dalam erti kata membuat pilihan untuk mereka yang berminat
membuat persembahan.. Asalkan menarik dan cukup latihannya, maka terpilihlah..
Mana yang hanya bagai melepaskan batuk ditangga, jangan haraplah.. Terlintas di
kepala senarai peserta-peserta yang dipilih untuk membuat persembahan pada
majlis tersebut.. ada yang mempersembahkan kugiran, sajak, pentomin.. dan tidak
ketinggalan juga tarian.. Saat itu, hatiku bergetar semula, panas dirasakan..


Tika itu, pada fikiranku, tiada yang
tidak kena pada pemilihan peserta untuk tarian.. kerana matlamat asalnya untuk
mengumpul segala jenis tarian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu,
Cina dan India..Jadi, dipilihlah sebuah kumpulan tarian dari bangsaku sendiri,
iaitu dari saudara-saudari seagamaku sendiri.. Niat asalnya hanyalah mahukan
sebuah persembahan yang mempersembahkan tarian asli Melayu.. hanya itu matlamat
asalku..


“Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara!!!!”


 Aku tersentak.. suara itulah
yang kerap kali mematikan lamunanku.. menyedarkanku dari angan kosongku,
menggetarkan seluruh tubuhku.. Ku teguk air yang kian kontang.. Fikiran ku
melayang mengingati peristiwa yang berlaku hanya beberapa hari sebelum majlis
itu berlangsung..

“Danial, boleh tak kami nak berjumpa dengan awak
dan rakan-rakan yang terlibat menguruskan persembahan untuk dinner nanti.. Di
surau ya?”.

"Ada
hal penting ke?”
soalku..” “Iya,sangat penting” lantas berlalu meninggalkanku.
Dialah Ummu, salah seorang penggerak usrah di tempat belajarku.. Memang sudahku
duga tujuan dia ingin menemui kami, pasti tentang persembahan pada dinner
tersebut.. Isy, adela tu yang tak kena pasal persembahan.. aku dah agak dah..
diorang ni, ade je yang tak boleh.. bisik hati jahilku.. Sesungguhnya, tiada
yang kurisau tentang pertemuan itu.. Iyalah, masakan tidak.. Aku tidak
mempunyai masalah untuk berdialog, mahupun berbahas.. mungkin mewarisi darah
seorang pensyarah dan motivator.. mulutku cukup lancar berbicara, apatah lagi
jika bertikam lidah…..

Alangkah baiknya jika kelancaran lidahku bertutur
disulami ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan kukuh.. pasti membuahkan
hujah-hujah yang cukup ilmiah.. Malangnya.. demi menegakkan pendapat dan
pengetahuan yang serba-serbi jahil..


“Kalau boleh.. korang cubela stop atau
tukar tarian dari sahabat-sahabat kita tu.. Paling kurang pon, terhadkan
pesertanya dari kalangan lelaki sahaja”
pinta Ummu dgn harapan tiada
rakan-rakan perempuan yang mengambil bahagian dalam tarian..

“Bukannya tak
boleh, tapi nanti hambarla persembahan tu.. sebab penyerinya memang perempuan”
pantas sahaja lidahku menjawab. 

"Ini bukan soal berseri atau tidak Danial.. ini
soal halal, haram & maruah agama..Lagi yang paling penting,maruah & kehormatan wanita tu sendiri.. Awak pun tau, sudah terang dinyatakan oleh agama, wanita tak boleh menari di khalayak ramai, membuat gerakan-gerakan yang boleh menimbulkan syahwat dan keinginan buruk orang terhadapnya . Sedang sesama perempuan pun ada batasnya, apatah
lagi dihadapan bukan mahram dan kaum yang bukan seagama dengan kita.. di mana
maruah Islam ?? ”
 Ummu semakin keras mempertahankan hujahnya..

"Alaa..kitorang
dah cakap kat mereka, pakaila pakaian yang bersopan.. No dedah2.. kitorang pon
dah fikir pasal benda-benda macam tu”
sekali lagi kejahilanku terserlah..

“Maaf, bukan nak rosakkan plan, tapi semua tu pun sahabat-sahabat kita kan..kami
takkan minta bende ni kalau bukan atas dasar sayangnya kami pada mereka, tak
sanggup mereka di azab Allah kelak dek sikap tutup mata kami..”
Dia tidak putus
asa memujuk.

“Camnila, kitorang susah nak cancel atau tukar tarian diorang,
ramai yang demand nak tengok sebab diorang tu bagus.. kitorang akan try cakap
supaya dilimitkanla segala benda yang agak-agak tak sesuai”
 pantas ku membuat
kesimpulan, tidak memberi peluang nur Ilahi singgah dihatiku..wajah Ummu merah,
muram penuh kekecewaan..


“Tidak malukah kau dengan Tuhan yang Agung??”


Astaghfirullah! aku tersentak.. panas
makin kurasakan, kesal makin menebal. Kalau ku bentuk acuan untuk persembahan
pada majlis yang pertama tersebut tanpa disertai tarian, pasti tidakkan ada
lagi saudara seagamaku yang meneruskannya pada tahun ini.. Tapi, dek
kejahilanku pada masa lalu, dek kerana ingin mencapai matlamat duniawi yang
serba lagha, kini kemestian adanya tarian dalam majlis seumpama itu bagaikan
wajib..(“Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling
dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada
sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih”
31:7..)
Ya Allah, terasa sungguh berat beban yang ku pikul.. Adakah
bisa Kau mengampuniku?? Aku terduduk kaku.. 


Perbualan singkatku dengan Rahim pagi tadi ku rasakan menambah
lagi beban dosa seberat gunung di bahuku… “Wei Dani..ko ade dengar citer tak..
dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. pergh.. gile
betul ar, dah nak jadi ape aku pon tak tau”
….. kelu….. lidahku yang begitu
lancar berbahas dengan Ummu lebih setahun yang lalu kini kelu.. jadi bisu.. ”Ey
Dani, ko ok x ni? asal semacam je aku tengok.. rilek ar.. diorg nk buat tu
diorg punye pasalla.. asalkan xde budak-budak kite tengok”
ujar Rahim bagaikan
mengerti isi hatiku..

Persoalannya..
benarkah nanti tiada rakan-rakan seagamaku yang akan melihat acara maksiat itu?
Atau adakah mereka akan terpaku dan terhibur, dan meminta pula untuk diadakan
semula untuk tahun berikutnya?……… 

“Tidak terasa
beratkah dosa yang kau pikul??!!”

Aku pasrah.. tunduk dan mengakui
kerdilnya diri ini berbanding Allah yang Maha Esa.. Sesekali timbul rasa kesal,
kepada Ummu dan rakan-rakannya.. Hati ini kerap ingin menghulur kemaafan..
kalau diri ini tidak sejahil aku yang dulu, pasti tidak ku bahas nasihat dan
niat murni mereka.. tapi seringkali niat untuk memohon maaf terhenti.. bukan
kerana ego seorang lelaki.. tetapi kerana terlalu tebalnya muka, malu untuk
berkata-kata.. Di saat ini hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh
ini.. Dialah juga tempat ku pohon keampunan, semoga diringankan beban yang
kupikul ini.. Semoga.. 


Kakiku mengatur langkah ke bilik air.. Seluruh anggota wudu’ ku siram dengan
air dingin malam.. menyapu wajah yang penuh malu.. menyuci anggota tubuh yang
terasa sangat kotor.. Jika ku sedar hakikat kejadian diri ini dari seketul
tanah yang kotor,pasti tidakkan ku biar lidahku berbicara lebih laju dari
ayat-ayat Yang Maha Esa..namun itu semua sudah berlaku..dan aku bernafas dalam
jiwa yang sudah tercemar..Semoga Allah mengampunkan kesalahanku.. Semoga Allah
membuka hati mereka yang masih tertutup.. Semoga Allah membantu Ummu dan
rakan-rakan yang sentiasa memperjuangkan peraturan Allah.. dan.. Semoga Allah
meletakkan hati ini tanpa dapat digoncang lagi oleh angan dunia.. agar bisa ku
menjadi tenteraMu.. Amin…… 

“Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan,
betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan
kepada mereka) “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian
itulah kemenangan yang agung “
 

“Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada
orang-orang yang beriman, “Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu.”
(Kepada mereka) dikatakan, “Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri
cahaya(untukmu).” Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang
berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab”
 

“Orang-orang
munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama kamu?”
mereka(org2 mukmin) menjawab, “Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri,
dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan
kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya
kamu tentang Allah…..” 57:12-13

Daun

mencungkil bakat yg dh sedia ada..

Posted on May 14, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Nurul Hayati : salam nadia….
Nurul Hayati : saje nak bagitahu ni….
Nurul Hayati : http://nasivodnia.blogspot.com/
Nurul hayati : ni url blog aku….janji lepas ni tak tukar2 dah..
Nurul hayati : rajin2 lah ye kasik semangat kat aku…hehe…kalau teringat ko aku mesti semangat!

bile dpt msg ni, bkn tgh tdo or bkn berada pd situasi yg xmengizinkn utk reply, tp xreply sbb terharu sampai xtau nak reply mcm mana..xsangke, org yg jd sumber kekuatan  & smgt pd sy pn turut merasai perkara yg sama..same2 menyumbang kpd semangat masing2..time kasih Nurul,sgt terharu…moga kite same2 sntiasa bsmgt!! iAllah..:) ( & maaf sgt2 sbb xreply..)

herm..saye teringat perbualan online bsama kakak sy di Scotland di awal pg b4 start usrah,sambil2 menuggu kehadiran ahli2 yg lain..

"saye agk kesal dgn pelajar2 skrg..ramai yg boleh menulis, tapi ramai yang tidak mahu menulis..sedang itu yang remaja2 dan anak2 muda perlukan sekarang, hasil2 tulisan kite.." saye akui kebenaran kata2nya..saya sgt kagum dgn kakak sy,walaupun die sgtlah bz,tp die ttp luangkn masa utk menulis,menyedarkn manusia ttg hakikat diri mereka,mengenalkn org ramai pd keindahan Islam,meyakinkn kite betapa pentingnya dakwah dlm kehidupan seharian,pendek kata,die menulis atas dasar cinta pd Islam, atas kesedaran perlunya umat hari ini utk bukan setakat tahu,tapi faham Islam,seterusnye sebar luaskn Islam.

Kemudian die sambung lg.."kalau nak harapkan saye sorang aje yg menulis,tak bolehla mcm tu.." herm,terpaksa saye akui lg, cerpennya sangatlah famous, rata2 bloggers mmg just copy & paste hasil tulisannya..kalau cerpen2 yg femes zaman skrg ni,dan yg sering jadi cerite2 di masa lapang, kebanyakannya memang berasal dr dia..sy faham,ape yg die maksudkn dgn ‘tak boleh’ bukanlah ketidakmampuannya utk menulis berseorangan,tp sbb mmg sbnrnye ni bkn tugas die sorg aje,tp tggjwb semua yg pernah tulis essay zaman2 skolah dulu,spy bakat menulis yg Allah anugerahkn,yg sepatutnya boleh digunakn utk ISLAM,tak tbuang dgn sia2..

Tiba-tiba.."saye rase awk kene tulis cerpen la nadia.." erk,terkena pd diri sdiri pula.. "herm,sy bkn taknak tulis akak,tp sy sgt kurang membaca cerpen & novels ni, sy asyik bace articles je,jd tak taula nak menulis ayat berbunga2 ni..sy kene byk membaca lagila kot.." alamak,beralasankah sy? herm, belum sampai seru utk sy ‘menceburkn diri’ dalam bidang penulisan cerpen ni..ade ke org nak bace nnt?

Adik_Moscow : blog akk..ramai yg org tgk..org suke lawat
Adik_Moscow : camne2 pon..diorg akn bc
Adik_Moscow : n kalau 1st try akk x cukup utk impress diorg
Adik_Moscow : diorg akn still bc ur next try
Adik_Moscow : percayela..

(berfikir……………….) (nokhtah)

Ape2pn entry ni sbnr2nye bertujuan nk share dgn korang blog sahabat sy,Nurul n mmg highly recommended utk korg visit her blog,sbb stp kali sy bace blog dia,pasti akn tinggalkn kesan yg dlm thadap diri sy..mungkin sbb die btul2 menulis dr hati..sy petik sket entry die ttg bakat ni..

"Kalau
kamu ada bakat, kembangkan bakat itu untuk Islam. Bakat yang ada
manfaatkan untuk membantu ummah. Jihad Muntij. Berusahalah sehingga
benar-benar letih"..

Setuju!! Tak semestinya bakat dlm bidang penulisan aje,tp bakat dlm bidang apa2 pn, bercakap, berbisnes, music, melukis, photgraphy, ape saje pn, gunekanlah anugerah Allah pd kite tu utk Islam,..buka minda kite ttg dakwah, bkn semata2 usrah,tp ini pn salah satu caranya! dan inilah masanya!! Salurkan bakat kite pada Islam, pasti akan rase lebih puas & berbaloi!! \(^_^)/

Jd,bbalik kpd tujuan asal,buat yg suka mbaca,n yg tak brape suka pn,lawatlah blog Nurul nnt http://nasivodnia.blogspot.com/ byk cerita2 yg menarik & bermanafaat dlm blog Nurul,n kt situ jgk tersenarai link2 ke blog2 lain yg sangat menarik jugak :) - Maaf Nurul,xminta kebenaran nk promote blog awk,tp sbb rase rugi kalo tak share dgn org lain,so kire okla ye,hehe..~

wallahua’lam,wsalam wrt :)

58499153_e0c220ec61

berminat terhadap diri sendiri…

Posted on May 13, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Sedar atau
tidak, dalam banyak2 ciptaan Allah yang menarik perhatian kite atas muka bumi
ni, yang paling menarik perhatian kite skali adalah..diri kite sendiri..ye,kite
sangat tertarik & berminat kepada diri sendiri..

Contoh yang
paling mudah, bile kite lihat foto kt website ke, kt fotopages ke, kt
friendster kwn2 kite ke, ape yg menjadikn kite excited ialah,bile kite ade
dalam gamba tu!! Or lagi bukti, bile kite ambik gamba ramai2 gune
digicam..lepas tu semua berkerumun nak tgk.."ok tak gamba tu? Nak
tengok..nak tengok!!" "ok,muka aku dah comel/ensem..pass2..!!"

or "ala,tak jadila gamba ni,aku berdiri sengetla..smula2.."
pdhal gamba tu as a whole dah sangat menarik,tp sebab pusat penglihatan kite
adalah diri kite,yg mane kite rase agk ‘senget berdirinye’ jadila gamba tu
keseluruhannya ,tak lawa..

Hehe,sy tak
kate sikap mcm ni sikap yg mazmumah.. sikap “melihat kepada diri sendiri”
sebenarnya adalah sikap yg sangat bagus, tp sayang jika hanya diamalkn ketika
melihat foto2 atau ketika membaca articles or blog kwn2 yg ditulis name kite..
Alangkah baik dan beruntungnya kite bile kite dpt aplikasikan “sikap
berminat/tertarik/melihat kepada diri sendiri” ni dalam setiap perbuatan
kita,setiap hari..

“die solat tak
khusyukla,die pandang tepi td..” bagaimana pula solat kita? Di mana pointnya yg
menjadi hitungan nilai kekhusyukan solat kita? Wudhu’ kite mcm mana? Niat kita? Tertib
kita? “Peliharalah kamu segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang
Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu)
dengan taat dan khusyuk.”
(2:238)

Dlm kes lain,
“teruk betul la die tu,buruk sungguh perangainya” namun, sekurang2nya sikap
buruk die adalah kerana kejahilannya ttg hukum, sedangkan sikap buruk kite adalah
kerana keenganan kite untuk laksanakan apa yg Allah suruh,dan krn kedegilan
kite untuk ttp buat ape yg Allah larang..di mana peranan kita untuk betulkan
apa yg kita lihat buruk tu? Cukupkah sekadar, membenci dan mencaci? Alangkah
lemahnye kite..

Teringat
firman Allah s.w.t : “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang
beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?”
(Al-Hadid:16)

Ayat yg
berbentuk soalan, yg juga berbaur kesal.. Allah bertanya kpd
kite, kpd siapa? Ya kita.. orang2 yang beriman,kalo dalam gaya bahasa kite seolah2
mcm ni la “tak sampai2 ke lg masenye utk korang betul2 mematuhi suruhan &
peringatan Aku pd korang and tak sampai seru lg ke utk korang ikut ape yg dah
termaktub dalam Al-Qur’an?”
aduh,terasa nada hampa Allah pada kita..masyaAllah,
masih sanggupkah kite utk teruskn akhlak buruk kite, sikap endah2 tak endah
kite pd Allah dan ‘sombong’ dgn ayat2Nya? Sesungguhnya Allah takkan mendapat
kerugian sedikitpun dengan sikap degil kite, melainkan kite yg akn merana nnt..
“Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah engkau kepada Allah,
timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh
itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam dan demi sesungguhnya,
(Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal..”
(2:206)
waiyazubillah..

Berbalik kepada sikap kite bile tgk gamba td,gamba tu akn di
lihat sbg gamba yg sgt tak best bile posisi kite dlm gamba tu dh tak betul
ke,senyum mcm buat2 ke,rambut tak kemas ke,tudung senget2 ke,biarpun orang lain
dah segak n sangat bergaya.. bile kite dh men’spoi’lkn keadaan,wujudnye
sumthing wrong sumwhere kan.. begitulah juga rasa yg perlu kite tanamkn dlm
diri..perlu kite realize,teladan kite yg buruk,tutur kata kite yg tak dijaga,
eventhou kite sorg je tetap akn menyumbangkn kejelekan pada gambaran ummah as a
whole..memang sangat tak best!!

Oleh
itu,baiklah sekirenye kite dpt gunekan sikap “melihat kpd/berminat terhadap diri sendiri” ni
sbg method “muhasabah diri” menilai dimana kekurangan kite, sudahkah kite
tunaikan hak kite pd Allah, pd Rasul, pada ibu bapa, pd diri sendiri, pd ummah
dan khasnya pd ISLAM? Ape yg dh kite buat utk ISLAM hari ni? “Dan
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya..”
(3:104) tertunai
sudahkah tggjwb kite thadap Islam hari ni? ^_^ insyaAllah,refleks
diri..wallahua’lam..~

361582150_72bfe50ba7

Marah sebab cinta, benci atau jahil..?

Posted on May 9, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Saya masih ingat sikap `unik’ (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung
dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk
meletakkan barang usang yang `kurang’ atau tidak perlu. Selalunya
botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu
tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang
pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik’ itu hendak diambil
oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak
guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya
tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi
Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan. 

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum. 

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita…"

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian…

Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar’ cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar’ ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti. 

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang
usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali,
tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak
digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita
muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin
provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah  buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun
kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat
perlu."
"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul
dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini
tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi
masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak
esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.   

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu,
marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela.
Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing’ siswa ini
berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu.
Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia
nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani
mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."


"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu,
barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan
musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak
benar-benar mencintainya!"


"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan
mempamerkan `kemarahan’ kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

42836916_1709509ffa_1

.Wise.Patience.Think.Act.

rase diri cam bes je..:)

Posted on May 6, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

485728586_c18598e1b4

SOMBONG,
takabbur, atau merasa diri besar adalah masalah
yang sangat serius
. Kite mesti berhati-hati n tak boleh pandang
remeh perkara ini,sebab kesombongan inilah yang menyebabkan syaitan terusir
dari syurga dan kemudian dikutuk oleh Allah selamanya.

Hadirnya
rasa takabbur sangat halus sekali. Banyak orang telah merasa tawadhu (rendah
hati) padahal dirinya sedang menunjukkan sikap takabbur. Tentang sikap takabbur
ini Rasulullah SAW bersabda: “Tidak
akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan walau seberat
debu.” (HR Muslim).
Allah benar-benar mengharamkan syurga untuk
dimasuki orang-orang takabbur. Takabbur hanya layak bagi Allah yang memang
memiliki keagungan sempurna. Sedang seluruh makhluk hanya sekadar menerima
kemurahan dari-Nya.

Penyakit takabbur memang benar-benar seperti bau busuk yang tidak dapat ditutup
dan disembunyikan. Orang yang mengidap penyakit ini demikian mudah dilihat oleh
mata telanjang orang awam sekalipun dan dapat dirasakan oleh hati siapapun.

Perhatikan penampilan orang takabbur! Mulai dari hujung rambut, lirikan mata,
tarikan nafas, senyum sinis, tutur kata, jumlah kata, nada suara, bahkan
senandungnya pun benar-benar menunjukkan keangkuhan. Begitupun cara berjalan,
duduk, menerima tamu, berpakaian, gerak-geri tangan bahkan hingga ke jari-jari
kaki. Semuanya menunjukkan gambaran orang yang benar-benar buruk perangainya.

Ada soalan yang best-Wajar tak sebenarnya seseorang itu bersikap
takabbur, jika seluruh kebaikan pada dirinya semata-mata hanya berkat kemurahan
Allah pada dia?
tentu skali tidak,kan? Sbb,kalaulah Allah nak,
dia boleh dilahirkn sebagai kambing. Tentu saja time itu takde lagi yang boleh
disombongkan. Atau kalau Allah mahu, dia boleh dilahirkan dengan kemampuan otak
yang minimum. Bahkan jika Allah takdirkan dia lahir di tengah-tengah suku
pedalaman di hutan belantara, maka pada saat ini mungkin dia tengah mengejar
babi hutan untuk makan malam. Apa lagi yang boleh disombongkan dan dibanggakan?

Marilah kita berhati-hati dari bahaya kesombongan ini. Jika penyakit ini datang
pada kita, kita akan sengsara.sbb ape sengsara? sbb org yg ade sifat ni,takde
‘can’ nak masuk syurga nnt, waiyazubillah..Langkah berhati-hati ini boleh
dimulai dengan mengenali ciri-ciri takabbur.Ape die? Rasulullah SAW bersabda “Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan
merendahkan sesama manusia.” (HR Muslim)
. Jika dalam hati kita
ada satu dari dua hal ini, atau kedua-duanya ada, itu pertanda kita telah masuk
dalam golongan orang-orang yang takabbur,nauzubillah..

Sesetengah orang merasa dirinya paling mulia, baik, soleh, dekat pada Allah,
makbul doanya, berkat urusannya, dan lainnya. Kalau ada kebaikan dilaporkan
kepadanya, dia berkata: “Oh, siapa yang mendoakannya dulu?” Dan ketika datang
padanya keluhan berupa musibah, dia berkata: “Ah, itu biaselah, saya pernah
mengalaminya lebih teruk dari itu..”

Ini adalah gambaran kesombongan. Orang merasa diri lebih dekat pada Allah, lalu
memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan. Perilaku seperti ini
jika diteruskan akan merugikan pelakunya. Hakikatnya, semua kebaikan dan
keburukan terjadi dengan izin Allah. Katakanlah (wahai Muhammad) bahwa semuanya
(kebaikan dan keburukan itu) adalah dari sisi (atas takdir) Allah. (An Nisaa
:78). Kita takkan berdaya membuat kebaikan dan keburukan jika Allah tidak
menghendaki hal itu terjadi.

Jadi,
nyahkah sifat takabbur dalam diri,kite semai sifat tawadhu’ n rendah diri,
namun,jgn sampai hilang keyakinan diri..yakin dalam tawadhu! insyaAllah.. “Bertawadhu’ (merendah dirilah) hingga
seseorang tidak menyombongkn diri terhadap lainnya dan seseorang itu tidak
menganiaya yang lainnya.” (HR Muslim)

369456126_bab428fc51

~ yakin diri
dalam rendah diri ;) ~