Cawan yang cantik :)

Posted on April 26, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk
mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yg
cantik.


‘lihat cawan itu,’kata si nenek kepada suaminya.’kau betul,inilah cangkir
tercantik yg pernah aku lihat’ ujar datuk.
pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan
berbicara:-
‘terima kasih untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak
cantik.sebelum menjadi cawan yg dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yg
tidak berguna. namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tangan kotor melempar
aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku
merasa pening. ‘Stop!Stop!’ aku berteriak. tetapi org itu berkata, ‘Belum!’Lalu
ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

‘Stop!Stop!’ teriakku lagi.tapi org ini masih saja meninjuku,tanpa menghiraukan
teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.

‘Panas!Panas!’ teriakku dgn kuat. ‘Stop!Cukup!’teriaku lagi. tapi org ini berkata
,’Belum’. akhirnya is mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai
sejuk. aku fikir,selesailah penderitaanku.


Oh ternyata belum. setelah sejuk aku diberikan kpd seorg wanita muda dan ia
mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. ‘Stop!Stop!’ aku berteriak. wanita
itu berkata, ‘Belum!’. lalu ia memberikan aku kpd seorg lelaki dan ia
memasukkan aku sekali lagi ke api yg lebih panas dari sebelumnya. ‘Tolong!
hentikan penyiksaan ini!, sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. tapi
org ini tidak peduli dgn teriakanku.ia terus membakarku. setelah puas
‘menyiksaku’ kini aku dibiarkan sejuk. setelah benar2 sejuk seorg wanita cantik
mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. aku melihat diriku. aku terkejut
sekali. aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yg
begitu cantik. semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala
kulihat diriku.

————————————–


Seperti inilah kehidupan yg membentuk kita. dalam perjalanan hidup akan
byk kita temui keadaan yg tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan,dan byk
air mata. tetapi inilah satu-satunya cara utk mengubah kita supaya
menjadi’cantik’

jgn lupa bahawa cubaan yg kita alami tdk akan
melebihi kekuatan kita. Ertinya tdk ada alasan utk tergoda dan jatuh dlm dosa
apabila anda sedang menghadapi ujian hidup. jgn kecil hati,krn Tuhan sedang
membentuk anda. bentukan2 ini mmg menyakitkan tetapi setelah semua proses itu
selesai,anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda utk kehidupan yg
lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dgn pelbagai dugaan), sehingga Rasul dna orang-orang yang beriman bersamanya berkata "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.." 2:214


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dam sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.." 2:155

 

113566464_d3ae48ada0

Kerana ini jalan pilihanku..~

Posted on April 24, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam wrt..dah lame dah sebenarnya baca kisah ni,tp hari ni br terdetik utk share bersama..kenapa,wallahua’lam hanya Allah jua yg Maha Mengetahui..tp sangat best!! ^_^ mungkin ramai yg dh bace,sgt best,kan..kan?? bg yg blum bace,bacela..hehe..tq kak for this meaningful story..:)

164879354_b4855e76be

Berapa kali aku
kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea , di salah satu
tempat di Wales !

‘ Aku dah bilang
kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan
malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

Swansea ayah,
Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia
menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London .

‘ Tak mengapa
Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’
Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

Aku mengeluh di
saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang
panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang
telingaku.

‘ Aku dah bilang
kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang
kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika kau
balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

Dia masih tidak
berkata apa-apa. Membiarkan si ayah memuntahkan segala isi hatinya yang
terbeku. Padanya ayah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya di bumi berhawa
dingin itu.

‘ Usrah-usrah tu
bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi jangan sampai
berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study
langsung. Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam
itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita
Islam hadhari’

Teringat dulu ayah
pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning
katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak
berlebihan dan tidak berkurangan.

‘ Ayah memang
kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah. Macam mana nanti
kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa? Kau nak cari kerja
macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau nak kasi mereka makan
pasir ke?’

Aku merenung
lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi
rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku.
Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan ayah di balik
telefon.

Setiap kali aku
mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka
ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

‘Dan hendaklah
berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau
membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’:
23)

 
Benarlah
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang
tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang
dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa matang dan ada
pancaran-pancaran jerawat di mukanya. Badannya sedikit gebu. Tapi aku tidak melihat
kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon
isteri pilihanku, jawapanku hanyalah;  dia seorang akhwat yang mengikuti
tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah
menyesal membuat pilihan itu.

‘Ayah…’ ujarku
dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek
tuduhan-tuduhan si ayah.

‘Ayah, Hisham
sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma fail satu modul
sahaja.’

‘Sama jelah .
Kalau dah fail tu fail juga…’
Ayah memotong.

‘Bukan begitu.
Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena
ulang tahun.’

Aku membayangkan
betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di
kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik
segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan
kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik
sewaktu sekolah menengahnya.

‘Abang ikut
tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’
begitu kata adik
bongsuku tatkala ditanya. Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak
mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

Barangkali kerana
itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut tabligh ayah! Hisham ikut
tarbiyah!

‘Modul periksa itu
modul terakhir Hisham kena ambil. Tapi waktu periksa hari itu, Hawa dan Hisham
kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat
nak jawap soalan periksa betul-betul.’

Ayah berdengus
kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

‘Apapun, ayah tak
nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita
biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

Kadang-kadang aku
kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang
aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai
lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan
mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak
berfaedah.

Pertemuanku dengan
seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan
yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku
dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat
itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

‘Kau sanggup
berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda
kau ni nak habiskan masa baca Quran je? Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah
? Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang
ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’
Itulah kata-kata teman serumahku di kala
mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

‘Tapi aku tak
jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita buat selama ini.
Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak. Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama-lama aku
rasa boringlah.Hidup takde tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa
juga.’

‘ Kau memang dah
berubahlah, Sham.’
  Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan
teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza.
Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

Aku berasa bahagia
tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman
serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau
mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu
kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang
kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa
walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan
sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

‘ Dan sungguh
akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi
tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat
dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar.Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi,’( Al-A’raf: 7)

Aku berdoa agar
keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran hidayah ini. Aku berdoa
agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan mahu beramal dengannya. Kerana
hidup di bumi UK ini, perbezaan antara kafir dan Islam adalah terang dan jelas.
Minum arak, pergaulan bebas, pergi kelab malam dan makan babi adalah nyata
perkara haram. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam
manakah yang bukan kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam
dan berfoya-foya. Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara
apabila pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan
kehidupannya menjadikan dia sedemikian. Dia memerlukan Allah untuk hidup. Dia
memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran kekufuran. Sebab itu
di saat sahabat-sahabat seperjuangan mengajaknya untuk belajar tentang agama
Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan bahagia di saat hatinya dekat
dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan bagaimanakah lagi dia boleh membawa
teman serumahnya mengikuti jalan yang dia ikuti kini.

‘ Wahai
orang-orang yang beriman. Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia
menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,’ (Anfal:24)

Kerana itu Hisham
ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu! Dan Hisham mahu orang sekeliling
Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi
sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Hisham tapi adalah semata-mata kerana
Allah mahu menguji Hisham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah
berikannya ujian. Jangan ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

Mahu sahaja
dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia mahu ayahnya
memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada ayah tatkala
dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang
putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

‘Abang…’
Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

Result abang dah dapat dah
ini..’
Siti Hawa berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

Aku membuka sampul
itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

‘Alhamdulillah….’
Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

Pantas jemariku
mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

‘Assalamualaikum
ayah, Hisham dapat first class
honor
.….’

Dan di saat itu
dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai
keriangan hatinya…

Atas Nama Cinta

Posted on April 16, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

To
My dear sahabat2 fillah, di Moscow, Nizhny, Volgo, Kursk, Ukraine, UK &
Eire, Aus, Indon, Mesir, France, Sweeden and di Malaysia
yg sgt nadia syg, Nadia tujukan
lagu ni khas utk korang semua.. :) Moga korg semua sentiasa dlm lindungan rahmahNya, insyaAllah..~ lagu die korang boleh dgr kt sini :) (http://profile.imeem.com/Fpc9Rg/music/f-fy9Ppk/atas_nama_cinta/) - copy n paste this link kt comp masing2 ,hehe..~

Atas
Nama Cinta by UNIC

Tika
mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

"Ya Allah, sahabatku penyeri
hidupku..mesra kami penawar duka, rindu kami menambah cinta, rajuk kami membuah
ceria.. ya Allah, silaturrahim kami ukhuwwah fillah, bermusuh kami naizubillah,
berpisah mati insyaAllah.. ya Allah, sahabatku saudaraku jua, rahmati kami
meniti usia, terpisah kami di alam nyata, temukan semula di taman
syurga..insyaAllah.." sayang semua!! ^_^

110906039_a8a5e9d9c1

Teringat..6 kali teringat :p

Posted on April 14, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

202287256_e2b4d9ad5a

SATU : Sambil
final revision utk usrah esok, teringat dengan adik2 n kakak seusrah, bile
ditanya, nak tajuk ape ye next 2 weeks.. tak sampai 2 minit discuss,resultnye.. “Munakahat!!”
bercahaya semuanya bile tajuk tu dipersetujui utk dibincangkan in d next
usrah.. Sayang ‘bangat’ (kata org Indon) pd mereka semua.. moga mereka pun
begitu juga! pada saya, dan sesame sendiri terutamanya!! sebab USRAH=KELUARGA, bile sekeluarga mesti saling sayang!^_^

 

Ist2_2706759_track_field_lane_numbers

DUA : Teringat
pula soalan seorang sahabat pd kami “hidup
ni ape?”
soalan yg general, dan mcm2 jawapan yg diberi “ujian..”
“persinggahan..” “perjalanan..” “Ibadah..” lalu dijawabnya “hidup ibarat TREK LUMBA LARI”.. terdiam kami sejenak. Ditanya lg
“Apa ada pada trek lumba lari” makin bersemangat kami menjawab “ade awal,dan
ade akhir..” “ade pesaing..” “berlumba-lumba..” “ada yg menang,dan ada yg
kalah..” “pelari mungkin boleh tersasar masuk line org lain..” “ade halangan2
yg perlu dilalui..” "ada penonton dan pengadil.." jawapannya..semua pun BETUL!! Memang fitrah manusia, iaitu
kite, sentiasa berlumba2 utk jd yg terbaik,to be noticed, utk rase dihargai,
kadang2 dgn cara yg betul, and kdg2 dgn cara yg salah, keduanya dgn satu
matlamat, menjadi THE BEST!! Terhadap diri sendiri,ataupn thadap org
lain..pelbagai halangan yg perlu kite lalui,namun yg paling penting, andai kite
gagal mengatasi halangan td,(sbb lompat tak cukup tinggi ke, terlebih or
terkurang bajet ke) kite pastinya akn ambil pengajaran, supaya tak mengulangi
kesilapan yg same next time
,(kate omputih,practice makes perfect) spy andai
this time tak dpt jd pemenang, lain kali,kite PASTI menang! ;) betulkan?
sebabnye, takkan kite nak jd
loser selama2nya,rite? ;)
 

Ist2_2865366_checkmate_1

 

TIGA : Teringat
lagi,Umi kate..chance only knocks u
once..
samelah dgn hidup ni, sekali je, andai Allah tarik nyawa,zup! Dah
abes mase..bile mase yg akan sampai tu? Yes,hari Kiamat hanya akn berlaku pd
hari Jumaat, tp sempatkah kite dgn jumaat yg tu? Teringat surah Al-Zalzalah..
herm..belum belek An-Naba’ & Al-Qiyamah lg..bersediakah kite untuk dipanggil bile2 masa? teringat ade sorg akak ckp, "kalo dh jumpe ‘turning point’,at least kite dh berada dlm zon selamat.." "turning point mcmana?" "..iaitu titik, di mana kite kembali kepada Islam…"

278564455_5a15e71d10

EMPAT : Bace2
bab munakahat ni,teringat lah pulak kata seorang kawan “Jadilah yg MENJADI, bukan yg MENCARI..” bile ditanya bagaimana
ciri2 suami idaman, laju aje menjawab, “yg soleh, dpt membimbing, dpt jd suami
yg baik, penyayang, bertanggungjawab, yg pandai, hensem tu, kalo dpt kire
bonusla..” tp reflect blk diri sendiri dgn ayat Allah dr surah An-Nur:26, yg
bermaksud - Perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik,vice versa.. rase macam
sumthing wrong lg kt diri ni, adakah diri ni cukup layak utk termasuk dlm golongan “perempuan2
yg baik” tu, yg jg layak utk dpt yg baik? Atau kot2 ‘bertuah’ jgk nak dpt yg di
idam2kan walau diri tak seberapa dan tak cuba memperbaiki utk menjadi yg lebih baik? Wallahua’lam,play safe, baiklah cuba utk baiki diri,
instead of mencari yg baik utk membaikkan diri ni..tp kalo ‘islamic2′ nnt org kate poyo pulak..takpe,POYO KERANA ALLAH!! cam best aje \(^_^)/ tambah2 kite bukan ISLAMIC,tp kite memang ISLAM..kan?kan?

Ist2_2388143_concept_traffic_sign_highwa

 

LIMA : Last2
dh penat bace buku,tgk2la plk gamba2 kek,chocs n aiskrim yg memang favourite!
Kdg2 terasa jgk hidup ni mcm makan kek,chocs,and aiskrim..time makan tu,wah
seronok tak terkata..nikmatnya..teringat..mmg teringat!!huhu.. tambah2 kalo 3 in 1 trus, ice cream cake perisa
coklat!! Wah..memang mantap!!! Hehe..sbb suke sgt ni,mkn punyelah byk,tp lepas
makan tu,alamak…menyesal plk sbb dh mkn byk sgt,aishh..abesla makan bende2
manis byk sgt ni.. sekilo kek ni abes dimakan,tak sedar..sedar2 dah
abes,hehe..makan pulak tiap2 hari,aishh!! Mau nak kene diabetes ni! Tp dah
masuk perut, tokleh
nak kluakan balik dah..itulah dunia, hari2 duk kejar dunia, kaut segala nikmat
dunia, lupe ttg akhirat, bile nyawa dh sampai dikerongkong, barulah kalut nak
bertaubat.. ’seswai’ ke mcm tu? Bile dah hyperglycemia, mulela kalut nk makan
ubat, beruntungla kalo sedar time hyperglycemia, at least sempat nak treat b4
kene plk renal failure, tp kalo bile dah kene diabetic koma br nak sedar?
Hehe,memang tak dpt nk sedarlah jwbnye sbb tgh koma :p aish,analogi apekah ni? Tp btul kan? ibaratnya mcm tu lah..;) Iman yazid,wa yanqus..Imam menaik dan menurun,jd carilah sahabat2 yg baik,yg dpt bersama mengiringi dan menghalang kite tersasar ke track yg salah..namun perlu igt,bukan sekadar mencari,malah kite pun,jadilah sahabat yg baik.. (At-Taubah:71) br balance n ade give n take;) insyaAllah..^_^ Wallahua’lam, Wassalam wrt

159725665_224eeef4f3

P/S : ENAM : yg ni bkn stkt teringat,tp mmg ingat betul, ade orang tu janji nak belanje ais krim,jgn buat2 lupe pulak ye,hehe :p, n sape2 yg takde janji tp rase nk infaq ke,boleh jgk nk belanja..hihi..