CALON SOLEH/SOLEHAH - Pada yang berminat :)

Posted on February 12, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Loves_1

CALON SOLEHAH

BY: ISMI SAFIZA

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup
wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang
itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun
keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya
beradu kekuatan di padang
bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan
berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak
dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan
pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja
kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang
terselit malu pada Tafsir Quran.

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya.
Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”,
berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik
perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah
puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada
Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini,
sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah
persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan
yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai
mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita
dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari
jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan
soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin
menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar
dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.
“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang
solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup
aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah
berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan
idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok
Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air
tangan ibu saudara Raihanah.

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu
Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu
bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit
asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan
panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu
bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai
mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi
kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika
perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic
tersebut. Aku sekadar tersenyum.

Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda
bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih
itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang
solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.

“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri
kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,”
aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong
aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan
dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah
untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan
sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada
qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada
diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah
peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah.
Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah
ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin
untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia
tersenyum.

“teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama
tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB.
Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu
tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika
ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal
iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam
hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam
Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal
zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap
tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum.
Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada  hikmah di sebalik semua ini.


“hafiz, ada
surat untuk anta daripada Malaysia …”kenyitan mata Syahid sewaktu
menyerahkan
surat
bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan
lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya
bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan
Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat
sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis
inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya
Allah.

Wallahukhairul makirin..~

12888224337482l

Cara mudah menghindari syaitan ;)

Posted on February 8, 2007 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Cerita lagi..^_^..Diriwayatkan bahawa seorang ulama salaf bertanya kpd muridnya :

"Apakah yang akan kamu lakukan jika syaitan menggoda kamu?" Muridnya menjawab : "Aku akan melawannya.". Guru itu bertanya lagi : "Sekiranya dia datang semula?" Murid itu menjawab "Aku akan melawannya." Guru itu bertanya lagi : "Sekiranya dia datang lagi?" Murid itu menjawab : "Aku akan melawannya." Guru itu berkata : "Ini mengambil masa, apakata jika engkau melalui kawasan ternakan kambing, tiba-tiba anjing tuannya menyalaki dan menghalau engkau dari melintasinya?" Murid itu menjawab : "Aku akan melawan dan merempuhnya sekuat tenaga." Kemudian Guru itu berkata "Ia memenatkan kamu, tetapi jika kamu meminta tolong tuan punya kambing itu, nescaya die akan menghalaunya dari kamu"

(Wahid ‘Abd As-SAlam Bali, Wiqayah Al-Insan Min Al-jin Wa Asy-Syaitan)

–> Godaan dan rayuan syaitan sentiasa datang, bertubi-tubi, tak kira waktu siang atau malam. Secekal mana hati dan diri kite pun, kite takkan mungkin dapat mengatasi tipu daya syaitan melainkan dengan pertolongan Allah,pencipta syaitan itu sendiri.

Jadi, jika kita ingin menyelamatkan diri drp godaan syaitan, kite mesti memohon pertolongan drp Allah s.w.t,Tuhan yg menjadikan syaitan.

Mohonlah perlindungan kepada Allah melalaui Isti’azah (A’uzubillahiminassyatonirrojim), sebagaimana firmanNya yg bermaksud :

"Dan jika syaitan mengganggu mu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah.Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui." (41:36)

Bacaan isti’azah ini disunatkan dlm keadaan tertentu spt ketika hendak membaca Al-Qur’an, hendak masuk masjid, hendak memulakan solat, ketika terasa ada gangguan syaitan, ketika hendak memasuki tandas, ketika marah dan ketika terdengar salakan anjing dan keldai pd waktu malam.

Senang bukan? ;) wallahua’lam.