sebuah puisi..

Posted on December 31, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam..sebuah puisi dr seorang sahabat..yg bernada keras,dan melankolik..hurm,apakah tak patut atau memang patut pun tujukan puisi sebegini pada yg terlibat,kalau tak patut,bagaimanakah yg sepatutnya…? kalau patut,hurm..mmg agak patut pn kot..wallahua’lam..sama2la kita ambil pengajaran..apa2 pun utk pengumpat dan pencela,ada berita baik utk anda semua,iaitu dlm Al-Qur’an sebenarnya ada satu surah KHAS utk anda semua iaitu surah Al-Humazah,so,wahai pengumpat dan pencela, ‘bergembiralah’ dengan surah Al-Humazah..:) wallahua’lam..

No_gossiping

SI GILA(PELUPA?) DAN DAGING MANUSIA

setiap hari dia makan daging manusia
oh,apa dia gila?
tak takut azab seksa
Tuhan alam semesta?
hm,mungkin dia terlupa,
biarkanlah saja,
dihalang nanti,kebuluran pula.
di depan Tuhannya
akan sedarlah dia
kenyangnya sekejap saja
dunia ni pun hanya sementara
dipanas neraka meraba2 lah dia
ampun-ampun hai empunya daging yang kutelan
aku x sengaja,ini hobiku
modalku dalam berteman
kalau tidak begini
mana kan datang keseronokan duniawi
dan dia pun tebakar dalam segunung api
sambil mengoyak menelan dagingnya sendiri…

bacalah dgn akal,bukan dgn emosi=)

SI GAMPANG DAN ISU2 DUNIAWI

owh
sebijik2 datang(ingin tahu)
sebutir2 hilang(puas)
dan semakin dia bersuara lantang
bersidang bergelak terkangkang2

owh
sesekali mulut ditutup
mata berkelip ayu
fitnah dan tohmahnya keluar bertalu2

"sipolan2…korang nak tahu?"
"bukanlah aku nak kata…tapi"
"bukanlah nak mengumpat ..cuma"
racik2 ayat sebagai pemula bicara

dan yang lain2 bersungguh mendengar
penjamu daging yang berperangai gampang
buruk batinnya ditelanjang
mungkin dia tak tahu
atau mungkin tak tahu malu
bicara bicara sumbang
gelak-gelak panjang
aksi2 hebat antara dia dan buah hati(walau bukan di ranjang)
sudah tersebar ketelinga orang…..
(sedang Tuhan maha mengetahui,pun dia sedikit tidak ambil peduli)

hai yang bersuara gampang…bawak2lah bertenang….

APA BENAR…?

Dia kera sumbang
kerana dia tak reti bersembang
berbual bercerita mengata orang

dikeji2 dicaci2
kerana dia kera sumbang
tak bersosial dgn puki
tak membawa cerita2 padat
hangat panas menyengat

Dan dia puteri pesona bintang
wajah indah dikasih sayang
badan mencair mata memandang
lagi..dia punya cerita2 panjang
tentang semua orang
sebut saja yang mana
boleh saja dibicara

kerana kecil2 dulu
pelempang tak pernah singgah dimuka
apa yang dia mahu
diturut saja
hingga hukum yang Esa pun diolahnya

dan dayang2 hulubalang2
menjaga sang puteri sepenuh hati
menurut kata puteri
sanggup bersama mati
terjun ke dalam api…..
apa benar…?

ya benar…andai kau faham kena tempatnya:
ikut hati mati,ikut rasa binasa.

Meaty_face

Ini rupanya yg mereka suka sgt..hurm..~

..sebuah kisah yg baru berlaku..huhu..

Posted on December 15, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Soal_1

sebuah kisah..antara sabar,dan mengeluh..

salam..

tadi ke pochta( post office) with lisa..seronok alahai bukan main,maklumla dapat parcel.after 2 months n a half menanti parcel 20kg from msia,drp Umi n Abah which d highest percentage of its content ‘dimenangi’ oleh mknn..!! lisa pn nk gi ambik parcel die jgk..

sampai di sana,kami hulurkan passport n resit pd kakak yg in charge tpt parcel tu..wah,happylah lisa mdapat parcel 10 kg,n me,even excited, tbayang2 akn dpt parcel yg 20kg..bile tiba my turn,bkatala kakak tu "aa eto ne zdes" - yang ni bukan kt sini,which means i hav to go to another building to get the parcel.

tahulah aku bhw parcel ni bknnye parcel drp parents,tp registered parcel,from who..belum tahu lg..so we went to another building to get the parcel.

"mcm cam tulisan.." sah,mmg cam..wah,parcel from Eire..!! xsabar2,kt situ jgk trus aku buka.ada 2 sbb knp aku trus buka parcel kt post office tu jgk:

1.sbb excited nk tahu isi parcel
2.n nak tahu selamat tak isi dalam tu

no 1..inside d parcel were a letter,and a grey box,written on it "genuine crystal bangle"..wah,sungguh seronok,but..sadly..isinya tiada..dlm erti kata lain,tiada bangle nya..

hampa—> wah,tak bestnyaa..this is not the 1st time blaku kehilangan brg2 yg di post ke russia,esp dlm kes registered parcel,n esp from UK/Eire.hairan betul knp russia suke sgt buka parcels from UK/Eire.agaknye rase insecure, kot2 diorg hanta bende pelik2..tapi lagi hairan kenapelah even ‘bende2 yg tak pelik’ pun di ambil mereka.

sedih—> yang tersangat..so i asked the makcik who’s in charge there,knp isinya tiada?hurm,expectedly–> "mi ne znaem,me ne kogda ne otkrili,eto ne mi",tambahnya lg,"kogda mi poluchili uz mezhdunarodnimi kastam/pochta," the parcel was still ‘normalna’.haish..conclusionnya,’nothing they can do,and nothing i can do..’

kecewa & geram–>berlalulah me n lisa from d post office mbawa parcel lisa,(isk2 bestnya lisa..) lisa cakap "takpelah nadia,bukan rezeki ko,at least u get the letter.." hurm,she might be right,tp aku blum tbuka hati nak baca letter tu..

mengeluh –> sekejap..krn kesal dgn apa yg blaku

sabar –> pujuk hati supaya redha.."bukan rezeki aku.."

during d very short journey home,i thinked a lot..how shud i tell d sender bout this, why on earth did ‘they’ open my parcel n take my bangle,n how big this thing effects myself.

we arrived home safely..I opened d letter,i read one by one,line by line..n after finish reading, i realized –> even if i recieve the bangle,im sure d letter will still means a lot more to me,n much2 more precious,compared to d bangle..why? coz each of the sentence itself is a priceless gift..but kalau bangle tu selamat juga,thats a bonus to me ;)

so,thanks so much dear Ezyani..u’ve given me the best, n d most unique birthday gift ever,a bangle and words of a da’ie..

so now,i’ve learnt a lesson..there’s no point to ‘mengeluh’? sbb even if i do,the missing bangle takkan dpt blk pd nadia, or sebenarnya ia belum pn jd milik me kn? sum more, mengeluh bukan sikap seorang mukmin kan?

kenape tak boleh mengeluh?–> sbb bila kite biasekan diri mengeluh stp kali ditimpa kesusahan,lama2 kite akn makin jauh drp Allah,sbb sikap mengeluh tu timbul bile hilangnya rase redha pd diri kite.pastu timbullah rasa tak puas hati,n lama2 lg boleh sampai tahap kite rase Allah itu tak adil !!,waiyazubillah..

"Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar, bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!" (Al-Fajr:16)

jadi?ape perlu buat? sabar? yes! that shud be d correct way facing this situation..


"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan
apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas
orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa
yang mereka telah kerjakan."
(An-Nahl:096)

and perlu ke bersyukur? well thats the best! ;) y? sbb Allah dh janji - "la’in syakartum,la aziidannakum" jika kamu bersyukur,nescaya Aku tambahkan lagi(nikmatKu) kpdmu..

so,nothing to lose kn? when we actually gain A LOT more from every single thing we lose,IF we’re grateful:) lega rasanya hati..^_^ jzkk sooo much yan,tak dpt bangle,dpt kotak pun jadilah..n yg plg penting,ur spiritual words!!suke sangat2!!^_^ sum more,its not the ”item” but its the thought that really counts..!!so,don’t be sad k! well,im sure u wont,coz you’re always much2 more tabah, redha, sabar than me!hehe..can’t hardly wait to see you again,SERIOUSLY..uhibbuki jiddan!!

Yans_3

yan n frens :)

Yan3

tak nak jadi cam ‘dia’..

Posted on December 12, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Blue_donkey

"tanakla jadi macam yg kt atas tu.."

Salam wrt..

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." Ali’ Imran:014

ya,sbg manusia biase,mmg kite ade macam2 yang kite suke,baik bende yang baik,atau bende yg buruk.dan selalunya bende2 yg buruklah yg menarik perhatian kite dan menjadi kehendak kite,yang semestinya dah bercanggah dgn syariat.kdg2 ,kite mmg tau ape yg kite suke tu berlawanan dengan syariat,tapi kite nak buat jgk,sbb bende yg kite nak tu best sgt2..lalu,utk mengurangkan rase berdosa, kite pun  ber’compromise’ dgn diri kite,"alah,sikit aje.." "alah,aku bukannya teruk mcm diorg pun.." "alah,orang lain pun buat jgk.." "alah,sekali ni je..", menyedapkan hati kononnya.conclusionnye bende2 yg buruk ni memanglah selalu menyeronokkan or bak kate muda mudi zaman sekarang "high siot!!".hmm..benarlah kalamullah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya." (Al-Maidah:100)

dalam ayat ni jelas,Allah berfirman,yang buruk ni,selalu menarik perhatian kite,namun,–> yang baik dan yg buruk ni tak same,samada dr segi rupa,cara,jalan,or natijah atau result tu sdiri..lalu utk mbenarkan jgk bende buruk td,kite ber’compromise’ lagi–> "xpe,matlamat aku utk bende baik sebenarnya.." adakah kite lupe yang matlamat tidak menghalalkan cara? knp tidak? sbb, kalau matlamat boleh menghalalkn cara,maknanya tak perlulah kite menghukum perompak2 yg merompak di bank2 atau dirumah org2 kaya kalo perompak tu bmatlamat utk bersedekah pd anak2 yatim..,tak perlulah kite menghukum pembunuh yang membunuh org yg ade AIDS,niatnya,bagus jugak die mati,kurang2 takdela die bg jangkitan pd org lain..logikkah begitu?

Sabda Rasul s.a.w "Sesungguhnya yang halal itu nyata(terang), dan yang haram itu pun nyata(terang), dan di antara keduanya ada perkara2 yg kesamaran,yg tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. maka,barangsiapa yang memelihara(dirinya dari) segala kesamaran,sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya…" (HR Bukhari & Muslim)

jadi,kalau yang salah tu,memang sah2 dah salah,dan yg buruk tu,memang sah2 dah buruk,tak perlulah kite ber’compromise’ dgn diri lagi,krn yg buruk itu,kite tau,natijahnya di NERAKA..

"Apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah!" kesombongannya mendorong dia terus melakukan dosa. Oleh itu sesuailah neraka jahanam untuknya. Itulah seburuk-buruk tempat tinggal." 2:206

jelas,melakukan yg buruk ni,adalah berdosa,dan bg yg melakukan dosa ni,yg sesuai untuknya adalah neraka.

kata cikgu BM : " BURUK sinonim dengan DOSA,DOSA sinonim dengan NERAKA."
kata cikgu math : " BURUK = DOSA = NERAKA.
"
semua org pun kata dan semua org pun tahu : "buat yg buruk,dapat dosa,nnt masuk neraka."

berapa lama yang buruk ni akan tinggal di neraka? lamaaaa… berapa lama? saaangat lama.. sampai bila? Sampai bila-bila..waiyazubillah..

cara mengatasi kehendak yang buruk ni? - dah dinyatakan dlm ayat Al-Maidah:100 tadi jgk, "Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya."

iaitu dgn BERTAQWA dan dgn AQAL. apakah taqwa? taqwa adalah kite takut dan berhati-hati dengan Allah,iaitu setiap apa yang kite lakukan,kite fikir,ape impaknya,ape kesannya,ape natijahnya. kalo kite buat macamane,kalo kite tak buat macamane.kite takut dgn azab Allah,kite takut kalau kite langgar suruhan Allah,kite takut kalau kite buat sesuatu yg Allah murka,conclusionnya,kite sentiasa berhati2 dgn ape saje yg kite buat,semuanya kerana Allah.Jadi menegah diri daripada melakukan yg buruk,semestinya sikap org yg bertaqwa.

AQAL.semua pun tahu,aqal lah yg membezakan manusia dgn haiwan.zaman skolah rendah lg bile cikgu tanya,"murid2,ape yg membezakan manusia daripada haiwan?" "aqal!!" ramai2 jawab..semua pun tahu..jadi kenapa Allah ciptakan aqal kepada manusia? supaya manusia dapat menggunakan aqal untuk membezakan yang baik dangan yang buruk.berfikirlah dgn menggunakan aqal yg dikurniakan kepada kita,bersyukurlah krn kite adalah di antara yg punya aqal yg dpt berfungsi dgn baik.jgn memperlekeh aqal yg dianugerahkan ni dgn membenarkan nafsu,kehendak dan kemahuan terhadap bende2 buruk mengatasinya.

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebaikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia telah  memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.." 22:77-78

Selain yang berperang dijalan Allah,siapakah lagi orang-orang yg berjihad?

Sabda Rasul s.a.w : "Orang yg berjihad ialah orang yang berjuang menentang kehendak dirinya (yang buruk)" (HR Al-Tirmizi)-sahih.

jadi,pertahankanlah akal fikiran kite yang waras ni,supaya tak kalah dek kehendak dan nafsu kpd yg buruk,usah tunggu esok untuk berhenti drp perkara buruk,usah ber "nanti2lah!!" utk berubah..or usah beralasan "kiamat belum dekat lg,sbb Islam belum naik sepenuhnya lagi..lgpun ni bukan hari jumaat.." pandai,tau pulak kiamat blaku pd hari jumaat,tapi ketahuilah..

"(Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari kiamat secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya?" Yusuf:107

dan ajalnya pula?bolehkah kita duga?

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…"4:78

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." Al-Munafiqun:011

sebelum mengakhiri,sukalah saya kembali kepada ayat yg ditulis paling atas n plg mula2 td.kite tengok sambungan ayat tu..

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya."

sebest2 semua yg kt atas lg,cane best pun yg kite rase ttg bende2 kt atas td,best lg orang2 yg bertaqwa..apa itu taqwa?dah diterangkan kt atas td..

wallahua’alam.

Cikgu : Murid-murid,ape yg membezakan manusia daripada haiwan?
Murid-murid : Aqal!!!
Cikgu : Pandai..Kenapa Allah kurniakan aqal pada kita?

Murid-murid : Supaya kita berfikir..
Cikgu : Bijak..

BURUKnya haiwan dilihat sbb takde aqal,tp betapa KASIHANnya manusia bila ada aqal tapi tetap nak buat bende yg buruk..
Cow2

Bila NAFSU dah mengatasi AQAL yang waras..

Az74b_argons_brain_103_1

p/s lg : jd sebelum diri ligat nak buat sesuatu yg xelok,fikirlah..andai kita ‘dipanggil’ time tu,maka ’su’ul khatimah’lah (pengakhiran yg buruk) buat kita.buat naye kt diri sdiri je kn?waiyazubillah..~

..Pencinta Wanita..yeke?cam xcaye je..

Posted on December 6, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Blue_lines

Salam..

Em, semalam semasa aku
balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang
dan terdengar sebuah klip video laguaku memang
pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut
seperti dia… bla, bla, & bla lagi..
huhu, aku pun terlayan lah
sekali… em, yap sampai habis.
 

Selepas je habis lagu
tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap
lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai
wanita?
Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu,
aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak
rak… kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan
mencintai.

Memang patut kita
kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang
memakai baju yang penuh bergaya… em, bergaya ker? Boleh la juga dikata
bergaya, em, kira pakaian yang ok la… (compare dengan si wanitanya) si
wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai… terkoyak sana dan sini. Terabak
di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana,
tayang sini… huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya…
 

Begitu murah harga
badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita
macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok
aurat-nya. Free jer kan…

Then, aku terus
termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah
ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam
menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita
berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata,
“Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang
menghairahkan.
 

Huhu, menakutkan. Wanita
sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada
dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana
tidaknya… di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan
tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik… kerana dibuka
sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya
(fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu
sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan
tanpa sensor.
 

Aku terus melawang dan
berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan
syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala
bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat
mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu.
(Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).
 

Dan di kala wanitanya
dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita
dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan
eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik.
Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara
yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi
yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan
melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah
an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9):
71).
 

Ia sungguh
memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah
arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam
datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat
tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam
memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam
mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini… apa dah
jadi ni… para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil
tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si
lelaki sampah. Em… carilah lelaki yang baik-baik…

Aduhai wanita, marilah
bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi
tujuan membina peribadi–mu… peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih
keredhaan yang hakiki… keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu… suatu
aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu
dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami… siapakah lagi yang akan
bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang
hanya memperdayakan ini. Ingatlah,Tiap-tiap
yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
.”
(Ali Imran, (3):
185)
 

Aduhai wanita, andainya
dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa…

Renungilah maksud ayat
ini;
 

Maka janganlah
kamu melunakkan (mengghairahkan)
dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik
(al-Ahzaab (33): 32)

Hendaklah
mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke
seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah)
, karena itu mereka tidak
di-ganggu
. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.”
 (al-Ahzaab (33): 59) 

Ayat ini
menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala
buruk menimpa wanita.
 

Maka…
jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki.
Iaitulah ALLAH melalui syariatnya… Islam.
 

Dan,
kepadamu lelaki… bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan
hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai
jer… Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.
 

Em…
wanita, jadilah wanita yang baik-baik… demi masa depan anda!
 

Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
(pula).
(Surah an-Nuur (24): 26) 

Allahu
‘alam… (habis sudah ku termenung…)
 

..Brother Nawawi..

“…Katakanlah lagi (kepadanya):
Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9)
 

Loves3