| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jul | Nov » | |||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
You are looking at posts that were written in the month of August in the year 2006.
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jul | Nov » | |||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
“Anta dah
siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke
kelas.
Sebaik
sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.
Pagi itu,
Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya
menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang
mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu
berikut:
“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang
Islam”
Ya, itulah
yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.
Kanak-kanak
semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan
dan kegembiraan.
Demi Allah,
suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika
saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu
berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan ‘nasyid’ mereka. Walaupun
sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).
Sesungguhnya
gambar-gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani
proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan
bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari
balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan ‘salam’ kepada rakan Palestin dan
Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian
yang hitam.
Para ulama
yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara
situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali
pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York,
London atau Istanbul.
Tetapi
Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang
tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera
musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan
mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang.
Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih
baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin
kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana
mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya
hidup di medan tempur.
Mungkin
sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera
mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton,
bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar
menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek
atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi
‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!
Itulah
semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.
Anak kita
bagaimana?
Menjawab
soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan
Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula
Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa
al-Haqiqah”, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk
difikirkan bersama.
Al-Nadwi
membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh
pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa
pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang
bertenggek di atas hidung ‘pemimpin’ tersebut dan melepaskan najisnya. Patung
yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil
itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa
hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah
keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya
oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi
mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu
walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang
agung semasa hidupnya, adalah hanya ‘seorang patung’. Ia hanya sebuah gambaran.
Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia
adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan gambaran.
Beginilah
perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan
meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang
Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh
al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit,
kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua
keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka
orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti.
Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah
realiti.
Jika kita
membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati
bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut
mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat
takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati
realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati.
Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika
kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah
hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran
menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan
bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang
Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah
ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap
Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun,
perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri
idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di
dalam realiti kehidupan?
Berat untuk
lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan
yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan
al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa
dikalahkan oleh realiti!
Muslim
ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim
ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti
sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya
kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin
sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan
kita.
Kayanya
kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin
daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak
mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya
kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh
persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil.
Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk
debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di
medan perang.
Bersatunya
kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah
untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita
terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan
menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan.
Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera
menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.
Ya, jika
al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti.
Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi
Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus
dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita
tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita
tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil
Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang
buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji
(membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu)
untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk
memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali
yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai,
dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa’ 17: 7]
Ya, janji
Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak
kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah
mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi
Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya
dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar
dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak
masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi
yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.
Ajarlah
anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin
sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka
yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah
kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi
yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang
realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih
oleh sebuah realiti.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000
Cheras, 14 Ogos 2006
–> perkataan ‘kamu’ dalam surah Al-Isra’ ayat 7 kt
atas adalah merujuk kpd yahudi yang mana dpt difahamai drpd ayat 4-7,surah
Al-Isra’(sile rujuk surah ini)..dalam ayat-ayat ini Allah telah menjanjikan
kemenangan umat Islam menakluk kembali bumi Palestin sebagaimana umat Islam terdahulu menakluknya..sambil tu,recall balik skali lagi..(recall
tiap2 hari and tiap2 kali nak tido ke,nak mkn ke,time bukak2 email ke,frenster
ke..) do we wanna be with the winners?bersama mereka yg akan berjaya menakluk
kembali bumi Palestin,if we really do..ayuh mulakan langkah and bg yang dah
mulakan langkah mereka,teruskan istiqamah insyaAllah..semestinya usaha kita
pasti berbaloi iAllah=)..wallahua’lam..
" PEKERTI SEMANIS SENYUMAN ^_^ "

Tahniah buat sahabatku (nama dirahsiakan..tunggu pengumuman empunya diri nnt..huhu..) yg baru je mengumumkan berita pertunangannya pd nadia..Tahniah krn dah jumpe
bakal isteri and dah selamat bertunang..dah lame dh nampak die bersedia utk kawen ni,bina syakhsiah diri,kumpul duit etc,huhu,alhamdulillah..Jadi,insyaAllah moga selamat pulak utk
diijabkabulkn nnt and moga ikatan n kasih kekal hingga ke akhir
hayat,insyaAllah..aaminn=) <jgn lupe jamuan yg dah dijanjikan..buat
jgn tak buat..hehe..>
p/s : n Alhamdulillah smlm nadia dikhabarkn ade 2org lg sahabat kite yg dh pun bertunang jgk..tunggu pengumuman jgk nnt,iAllah..=) pengumuman bknnye utk besar2kan n dijadikn ‘greenlight’ utk diri sdiri,tp spy org lain jgn cuba2..huhu moga cepat2la naik graf baitul muslim kt sana nnt..iAllah..,n buat yg dah rase jatuh hukum wajib tu,tunggu ape lagi..menyusul la cepat2..n jgn lupe,bajet kasi lebey sket eh,ramai rakyat ni..^_^
p/s2 : tp ada ye hadith yg menyeru spy sembunyikan ptunangan dan sebarkn berita perkahwinan..? wallahua’lam,xpasti..so tgkla ade ke xpengumumam nnt..;)
Salam wrt..another view bout marriage..hurm,fakta sebenarnye..got this from blog Usu,sorang ukht yg nadia jumpe kt KIBAR last month..and die ade baby yang sangat comel!!huhu..wafa’ name die (gamba kt atas..comel kan,kan??huhu)..ok,lets read wuts does wafa’s Mom ckp ttg ‘kawen’..
"Akh dan ukht..
pernikahan adalah sebuah tanggungjawab..apabila kita
bertanggungjawab..maka kita pun siap menghadapi pernikahan dengan
segala konsekuansinya..kehidupan dalam sebuah pernikahan adalah
kehidupan ‘kerja’. Ia tidak hanya dihiasi senda gurau, senyum manis,
kata-kata lembut dan romantisme..namun ia juga di warnai dengan beban
tanggungjawab dengan segala hak n kewajipannya..seharusnya kita
memiliki akar yg cukup kuat apabila memilih untuk bernikah..ibarat
sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin
kukuh struktur asas yang dibuat..semakin complex penelitian yang akan
dibuat keatas bangunan yang di buat..tidak hanya pada kekuatan
asas..tetapi kekuatan pendukungnya yang lain..
Satu persatu
permasalahan akan mulai muncul tika dirimu meniti pernikahan..disinilah
sebenarnya letak masam manis masin pedasnya sebuah pernikahan..bila rojak
buah tidak terasa pedas..tentu tidak nikmat kan?dan pasti akan lebih segar lagi bila di tambah masam n manis dari rasa buah dan gula merahnya..
Memang
pernikahan tak sesimple rojak..dan masam manis masin pedasnya juga tidak
terasa hanya di lidah yang kemudian hilang..bila tidak pandai meracik
komposisi masam manis masin pedasnya pernikahan..bila terlalu
masam..sakitnya terasa pedih..bisanya mampu berbekas hingga mungkin
bernanah..kedewasaan peribadi kita akan membangun dengan adanya
permasalahan-permasalahan yg mulai muncul..
Menghadapi perbezaan
adalah agenda yang akan dilalui oleh sebuah pasangan ..perbezaan latar
belakang, sikap, sifat..cara pandang..yang mulanya kita hadir dengan
milik kita sendiri kemudian akan lebur menjadi milik bersama..merubah
kenyataan harapan saya kepada harapan kita..kebahagiaan saya menjadi
kebahagiaan kita..kesedihan saya menjadi kesedihan kita..harta saya
menjadi harta kita…kenyataannya kita memang harus menerima perbezaan
sebagai alunan dan rentak pernikahan kita..ternyata keselarasan ini
memerlukan perjalanan yg panjang..kesabaran dan kebersamaan..
Temanmu,
Abu mujahid.."
that’s it !!=) n xde ape pn nadia nk comment sbnrnye..huhu..sbb nadia rase msg ni tak memerlukan comment,tp memerlukan kite utk same2 fikir n muhasabah..if we’re ready enough for this,iAllah go ahead and all the best!!but if we’re not,jgn ambil jalan mudah,marriage is not a ‘problem solver’ tp kalo tak kene care boleh jd ‘trouble maker’ plk..huhu..and actually,article ni dtg dlm bentuk cerpen..y’all can visit http://istisyhad.blogspot.com/
utk tau sambungan die..
n btw,sebenarnye banyak lg bende yang kite boleh and patut fikir instead of ‘nak kawen’ aje..lihat pd negara,lihat pada dunia,and look forward to the future,and look to our ummah,di malaysia,di Palestin,Iraq,Lubnan,Chechnya n serata dunia..One day we’re going to win!seperti yg dah dijanjikan,kite pasti menang!tak sabar menanti saat tu kan? best2..tapi,lihat pada diri..where are we gonna be during that time? are we gonna be with the winners? or are we going to be with the losers? or we’re just gonna be mcm ‘aiman tak kesah…’ ? ‘Ala kulli hal,usaha dan amal kitalah yang menjadi saksi utk melayakkan kite ke mane2 pihak pun..so,tepuk dada,tanyalah diri..ke mana hala tuju yg di impi..wallahua’lam..
Salam wrt..
Nadia tertarik dgn satu entry yg agak sinis dlm satu blogdrive..sarcastic,tp
mmg ade benar ape yg die ckp:
"Antara
soalan cepumas yang saya sering tanya kepada sahabat2 saya tak kira lelaki
mahupun perempuan ialah, "apa yang awak nak buat lepas grad nanti?"
Dan kebanyakkannya menjawab, kerja dan kahwin, kahwin dan menyambung pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi bersama suami/isteri tersayang. Jarang2 sangat
yang saya dapat jawapannya akan berkaitan dengan ibu ayah, jadi hati saya pun
bertanya di manakah letaknya ayah dan ibu dalam hati kita, di manakah susunan
kereka dalah hierarki kasih sayang kita?
BUDAYA
COUPLE !!!
Inilah budaya
yang kian tenat dan kritikal, di mana2 institusi pengajian, bahkan sekolah
menengah, merebaknya budaya ini,di taman2 rekreasi,dan shopping kempleks apetah
lagi..sudah menjadi perkara lumrah kalau melihat couple di tempat begini,takde
yg jelek..Ibu bapa pulak kononnye ’sporting’ memberi kebenaran kpd anak2 utk
kluar dgn couple masing2..tak kurang yg sibuk2 suruh anak2 bcouple,risau nnt
anaknye tak laku n trus jadi andartu..malah orang yang masih single pula
dianggap pelik.Sampai ada yang bertanya,” yer ke dia tak ada pakwe/makwe?”
ORANG YANG TIDAK BERCOUPLE DIANGGAP PELIK?? ORANG YG MEMPERTAHANKAN MARUAH DIRI
PUN DIPANDANG SERONG?? Ish…ish….ish….
"kami
couple utk kawen.." tp bagaimana kalau dah dibajai dgn unsur2 yg jelas
mengundang murka Allah? disuburkan pulak dengan perkara2 yg boleh membangkitkan
syahwat? Ucapan rindu,sayang,janji setia..di celah mana diharap terselitnya
redha Allah..kalau awal2 dah dicemar dek dosa,tanpa bertaubat..sejauh mana
barakah yg diharap diperoleh di penghujung?and jgn salahkan anak2 pulak nnt
kalau ade yg mewarisi sikap ibu bapanya..waiyazubillah.. sebenarnya,usaha
utk mencari jodoh adalah digalakkan,cume harus betul tatacaranya mengikut apa
yg digariskn Islam..
Ada
pula kes yang nak kahwin time belajar pula! Pulak dah! Tak salah…..
Memang
bagus kahwin awal, tapi yang kes terang terangan masih belum memiliki
tanggungjawab, tidak mampu memikul amanah, baik tak payah kahwin, nanti pahala
tak dapat, dosa pula yang diperoleh.
Dunia
sebelum perkahwinan ini banyak yang ilusi dan khayalan, kononnya sanggup
memikul tanggungjawab, belajar berdikari, tapi sebelum kahwin tak praktis pun
sifat kepimpinan kendiri tersebut. Kononnya lagi, selepas kahwinlah baru
praktiskan. Aik…pulak dah !
Praktis
dari sekarang. Tanamkan sifat sifat bertanggungjawab dalam diri. Ini,solat 5
waktu tonggang langgang, kadang2 sembahyang kadang2 terbabas, subuhnya
memanjang subuh dinasour,rokok sentiasa di mulut,duit belanja tak mencukupi,
simpanan tak teratur, pergi surau/masjid jarang sgt @ tak pegi lansung,biar
jaraknya dr rumah/hostel hanya sekangkang kera,ngadap friendster atau ym
berjam2 takpe plk,tp nak bace Qur’an kejap pn berkejar dgn masa,yg perempuan
pulak bergaul bebas dgn lelaki,diheret sana sini,kononnya utk saling mengenali
(tak terase diri macam bahan experiment ke?kalo ok, ‘beres!’ kalo tak,
‘jalan!’..nak experiment yg berjaya pn ade steps yg kene ikut dik..),aurat
konon tutup tp mcm balut nangka dan pelbagai lagi kekurangan yang mampu kita
baiki dan ubah, tetapi kita memilih untuk static di takuk sikap kita yang lama.
Justeru itu, bagaimana kita boleh diizinkan untuk berkahwin ketika masih
belajar ni?tergamak ke?
Apa
yang sebutkan di atas tu amat penting kerana kalau kita suami, kita
bertanggungjawab mendidik isteri dan anak2 kita, begitu jua sekiranya kita
seorang isteri, sebagai ibu kelak,kita akan mempraktikkan itu semua dengan
anak-anak kita kelak.tengok jela generasi zaman sekarang,bukan senang nak
jaga,nak didik..umur baru 4 tahun dah pandai gune
internet..menjawab,alahai..terdiam kite..penyelewengan akidah pun makin
menjadi2..siape lagi yg boleh pelihara tu semua,kalau bukan
kita,bapa and ibu kpd anak2 kita..wallahua’lam.."
hurm..jzkk..jd,jom kite
fikir..ape yg nak di sampaikan oleh penulis sbnrnye? teguran kah?atau sindiran
kah?atau cabaran?
——->
dlm satu riwayat,Rasul s.a.w bersabda "Manusia umpama logam,baiknya dia
ketika jahiliyah,baiklah dia dalam Islam,andainya dia faham"..
makna baik dlm jahiliyah tu adalah kalo die tu tererla dlm hal2 jahiliyah ni,or
dlm erti kate lain ‘hebat and jahat giler’ la time die jahil tu..maka,akan
hebat and terer mcm tu jgkla die dlm Islam..jd,kalo sekarang kite rase kite ni
jahat sgt,banyak sgt kekurangan n takde canla boleh jadi baik,kite silap..sbb
kite boleh jadi baik,hebat and best..tp dengan syarat..andainye kite faham
Islam..bukan sekadar tahu,tp kite faham..and dalam erti kata lain juga,atau secara ringkasnya, seorang yang terbaik di
masa jahiliah akan juga menjadi yang terbaik semasa Islam, jika sikap positif
dan ‘kuat mengaji’(berusaha mendalami dan memahami Islam) itu dikekalkan.
ape pulak makna ‘manusia umpama logam?’ –> Logam sifatnya tulen.Ia akan
kekal tulen, stabil dan kukuh jika tidak disebatikan dengan campuran bendasing
lain,cthnya aluminium,emas perak etc.
Dan manusia itu umpama logam.Sifatnya baik, dan sememangnya naluri manusia
lebih terarah kepada perkara-perkara yang baik..lumrah alam.fitrah kate orang..
Akan tetapi, jika manusia itu bercampur dengan perkara2 yang kurang baik,
sangat kurang baik dan tidak baik langsung..maka sifat yang asalnya,
originalnya baik itu pun berubah dikit demi dikit.Berubah menjadi sesuatu yang
tidak tulen lagi.Dek dicemari ”bendasing” sepertimana Fe2+ bercampuraduk
dengan Al+ dan menjadi aloi akhirnya.
Mahukah kite jd aloi yg dah bercampur aduk dan tak tulen lg??or adakah kite
nak terus kekal mjadi emas tulen yg tak bercampur dgn unsur2 lain dan amat
tinggi nilainya?
Jd,sementara masa dan hayat masih dikandung badan, Kite mesti cuba,sedaya-upaya..sekuat
tenaga..Mengestrak..menapis…dan memisahkan ”bendasing-bendasing” itu dari
diri kita,spy kite dapat kembali kpd asal kejadian kita yang mulanya asli dan
terpelihara,ibaratnya spt kain putih yg bersih tanpa kotoran..
"Man yuridullahu khairan,faqqihhu
fiddin.." –> "Barangsiapa yg dikehendaki kebaikan oleh Allah,maka
akan diberi pemahaman ttg agamanya" (HR Bukhari)..
Jd kt sini kite boleh buat kesimpulan bhw sesiapa yg Allah nk bg kebaikan pd dia,or sesiapa yg Allah syg pd dia,sbnrnye bukanlah dibuktikn dgn nikmat2 atau rezeki2 yg Allah berikn di dunia,bukan pd harta yg byk dan anak2 yg ramai,bukan pd isteri yg comey atau suami yg ensem,tp dgn pemahaman sesorang ttg agama Islam,maknenye sape2 yg Allah nak kan kebaikan pd kite,Allah akn kurniakan pd kite pemahaman ttg agama,namun ibarat pepatah melayu ‘rezeki takkan dtg bergolek’,mcm tu jgklah pemahaman dlm agama,takkan dtg dgn sdiri,melainkan kite sdiri cari,belajar dan cube utk memahaminya..
So,sentiasalah berdoa dgn
meminta kebaikan drp Allah s.w.t, disamping berusaha utk apa yg kite doa..and seandainya ‘baitul muslim rahimahAllah’
yg kite inginkan,jom kite step off fr our ’stepping stone’ bermula
sekarang,keluarlah dr belenggu kepompong jahiliyah ke alam yg menjanjikan
sejuta rahmat,seandainya kita istiqamah n berusahalah ke arah matlamat
kita..jd,bertaubatlah skrg.."Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat
dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang
mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua
kerjakan.."(42:25) iAllah..
Kalo lagi gigih,lagi cepat
n mudahla jalan kita,iAllah..dapatla jugak kawen cepat kalo dah ade calon
la..=) sekian..
…Allah almighty know
best,wsalam wrt.."
Kesihatan yang baik bermula pada waktu makan.
Makanan harian penuh dengan bahan-bahan yang mampu merangsang tenaga,
mengelak penyakit dan membuat anda berasa selesa malah kelihatan hebat.
Apa tidaknya, makanan sememangnya penjana
tenaga dan menambahkan makanan yang bertenaga tinggi kepada diet anda
boleh membuatkan enjin anda berada pada prestasi yang baik.
Ini bermakna, antaranya, anda harus SETIA pada sarapan pagi, makan
tengah hari atau snek setiap empat atau lima jam sekali dan makan malam
yang tidak begitu berat serta memilih makanan yang betul.
Apakah pula makanan yang betul untuk memenuhi diet yang sihat?
TIP:Panduan bagi diet yang sihat
Hadkan pengambilan lemak
Makanan juga menyediakan sinergi yang diperlukan oleh kebanyakan nutrien untuk digunakan secara efisien dalam badan.
sumber: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Kesihatan/20060806114536/Article/