things to ponder on father’s day

Posted on June 18, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

SIMPLE but MEANINGFUL E-CARD for ABAH on FATHER’S DAY <JUNE 18,06>

Exam season mcm ni,xsempat nak reka sendiri luahan hati untuk Abah,but this is NOT JUST A SIMPLE Dehearty’s lyrics,but th0se are the words FULL of PROMISES!!

Abah2_2

Baik Ibu,atau Ayah kedua-dua mempunyai tanggunjawab terhadap kita..sebagaimana mereka punya tggjwb terhadapa kita,begitulah kite sbg anak2 punya tggjawab terhadap Ibu bapa..terutamanya sebagai anak perempuan..

Daripada Aisyah,Rasul s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa
yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara
anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis
riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Ibu bapa wajib memberi perhatian terhdapa anak perempuan.Mereka adalah aset penting yang menentukan samada Ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke neraka. Andai didikan anak perempuan berdasarkan Iman,maka berbahagia dan selamatlah Ibu bapanya,namun andai berlandaskan harta dan dunia,maka amat besarlah kerugian bagi Ibu Bapa mereka..

Dan Anak-anak juga turut punya tanggungjawab thadap Ibu bapa..

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Al-Isra’:23)

dan..

Janganlah sesekali membiarkan diri kita menjadi beban kepada kedua orang tua..jangan sampai akhlak kita,kelakuan kita yg selalu mengambil mudah urusan agama,mengubahsuai hukum mengikut keselesaan dan perkembangan zaman,sikap sambilewa kita ttg aurat dan maruah diri menjadi penghalang Ibu Bapa kita untuk ke-Syurga..nauzubillah..

"….Jangan menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya..ila akhir" (Al-Baqarah:233)

Andai diminta menulis surat janji kepada ibu bapa,biasanya kita akan tulis:

-saya berjanji akan belajar betul2
-saya berjanji tidak akan membiarkan Ibu dan Ayah hidup susah di masa depan
-saya berjanji akan hanta duit pada Ibu ayah tiap2 bulan bila saya kerja nanti
-saya berjanji tidak akan menyakiti hati ayah dan ibu
-saya berjanji akan jaga adik2 bila ayah dan Ibu tua nnt

tapi pernahkah kita berjanji kepada Ibu bapa dan diri sendiri "Saya berjanji,saya akan sedaya upaya utk sentiasa pastikan bhw saya sekali2 tidak akan membenarkan diri saya sbg anak,menjadi penghalang Ibu dan Ayah untuk ke Syurga..dan saya berjanji akan pastikan bahawa tingkah laku saya,dan akhlaq saya,sikap saya terhadap Allah dan manusia sekali2 tidak akan menjadi sebab yang akan menghumban Ibu dan Ayah ke neraka Allah,waiyazubillahi min zalik.."

Pernahkah??

Tepuk Dada tanya Iman..Nilai diri..berMuhasabahlah..wallahua’lam..

HUMOR (hehe..klaka..d0nt ever mess with Muslims!!)

Posted on June 17, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Jihad2_1


Surrounded by Muslims

Two business men seated on an airplane noticed a Muslim man sitting in front of them, one of the men says to the other with a wink, "I was going to go to Africa until I found out that half the country is Muslim so I don’t want to go there".
 

The other man says, "We’ll how about Saudi Arabia then?"  

The first man says "No way, that place is loaded with those Muslims too."  

The other man suggests a trip to the US but his companion says "The Muslims have spread out over the whole country every time I turn around there I bump into one."
 

The men are watching the Muslim, and can see that the Muslim man is fidgeting and getting kind of agitated about their conversation. The fellow who started the teasing decides to really get him mad and says "I really wanted to go to Pakistan but that place is crawling with Muslims" 

At this the Muslim man has had it and finally turns around in his seat and sweetly says to the men, "Why don’t you both go to hell? There’s hardly any Muslims there!"


"Mereka (kaum Yahudi dan
Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu , kecuali menyakiti
(perasaan kamu dengan ejek-ejekkan dan tuduh-tuduhan yang tidak
berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari
membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka
tidak akan mencapai kemenangan." (Ali’ Imran:111)


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik dengan mereka. (tetapi) di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali’ Imran:110)

Allah Almighty knows best..^_^

mari baca comic pulak..hehe..^_^

Posted on by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Kartun best..^_^ more @ http://alwancomics.com

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik…ila akhir"(5:3)

CLICK ON THE PICTURE TO ENLARGE =)

Komikhinzir1bi_5

 

Komikhinzir2bi_2

CINTA KE-3 di Skype

Posted on June 16, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

 

Hakim2_2
Salam wrt..sambungan cerpen..ni pun drp majalah BICARA KEMBARA,Feb 05..pesanan
penaja..b4 baca ni,bersihkan hati dulu..jgn fikir ke depan sgt ye..^_^ moga dapat dijadikan iktibar insyaAllah..

"Bukan mudah untuk menukilkan sebuah kisah cinta. Lebih-lebih lagi kalau kisah cinta itu sesuatu yang cukup istimewa. Seolah-olah jika dipakaikan perkataan bahasa padanya, hilang separuh daripada ‘ruh’ cinta yang dialami itu sendiri."

Nadia membelek kembali album gambar perkahwinannya, bibirnya tidak putus-putus menguntumkan senyuman. Hari ini genaplah setahun ulangtahun perkahwinannya dengan Emir. Namun Emir tidak dapat berada di sampingnya untuk meraikan hari yang bersejarah itu. Emir terpaksa menyahut panggilan tugas, menghulurkan tangan membantu insan yang lebih memerlukan. Walaupun jasadnya berada jauh beribu batu di Acheh sana, namun di hati Nadia, seolah-olah dia berada dekat saja dengannya. Nadia masih teringat perbualan terakhir dengan suami tercinta di lapangan terbang sebelum dia bertolak ke Acheh, seminggu yang lalu.

“ Nanti abang jaga diri baik-baik ye. Jaga makan minum, jaga kesihatan diri sendiri juga. Nanti kalau abang sendiri yang sakit, susahlah. Tak dapat abang nak buat tugas abang dengan berkesan. Lagipun, siapalah nak jaga abang nanti.” Kata Nadia bersungguh-sungguh.

Emir tersenyum. “ Insya Allah, Nad doakanlah keselamatan abang di sana. Nad pun kena jaga diri baik-baik. Nad bukan saja kena jaga diri Nad saja, Nad kena jaga diri anak kita juga.” Perut isterinya yang semakin membesar diusap lembut.

Nadia mengangguk. Manik-manik jernih mula bergenangan di matanya.Emir menyedari kerawanan hati isteri yang tercinta. Dia cepat-cepat melingkari tangannya mengelilingi pinggang Nadia dan membawanya dekat pada dirinya.

“ Sayang, abang minta maaf kerana tak dapat nak bersama-sama nanti semasa ulang tahun pertama perkahwinan kita. Kalau ikutkan hati, nak saja abang tinggal saja bersama Nadia di sini…”

Tapi kata-katanya pantas dipotong  oleh Nadia.

“ Abang, memang Nadia akan rasa sunyi sangat bila abang tiada di sini. Memang Nadia rasa sedih sangat tanpa abang di sisi. Tapi kita tak boleh lupa tanggungjawab kita yang sebenarnya di bumi Allah ini. Abang kena pergi un- tuk menunaikan tanggungjawab abang kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.Kerana itu Nadia redha abang pergi, walaupun dengan iringan air mata.”

Sudah seminggu dia kesunyian, sudah seminggu dia kesepian. Namun ketika sedang bersendirian inilah, dididiknya hati supaya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Dibelai hati supaya tabah, setabah Siti Hajar, yang juga diuji dengan pemergian suami. Malah lebih teruk dan mencabar daripada ini!

Album baru pula dibuka, kali ini semasa majlis diadakan di rumah sebelah perempuan.

“ Abang, kenapa abang pilih Nadia?”

Emir mengangkat mukanya daripada buku yang sedang ditatapinya dari tadi. Dia tersenyum.

“Kenapa Nadia nak tahu? Kalau abang kata rahsia?”

Nadia membuat muka tidak puas hati. “ Nadia saja nak tahu.Takkan itu pun nak berahsia?”Emir mengembalikan pandangannya kepada buku yang sedang dibacanya tadi. “ Nanti Nadia akan tahu.” Bibirnya masih menguntum senyum.Nadia masih tidak berpuas hati tetapi membuat keputusan untuk mengabaikan saja kerenah suaminya. Emir memang begitu. Kalau ada saja peluang untuk menyakat dirinya, peluang itu tidak akan disia-siakan langsung.

Dia masuk ke dapur untuk membuat air panas untuk suami dan dirinya. Beberapa ketika kemudian, dia keluar ke ruang tamu, bersama 2 mug teh panas. Emir tidak lagi berada di situ. Mungkin dia naik ke atas sebentar.

Nadia meletakkan kedua-dua mug itu di atas meja. Matanya terpandang pada sebuah nota kecil yang ditinggalkan di atas meja itu. Tulisan ‘doktor’ suaminya cukup dikenali.

Nadia isteri yang abang sayang,

Sebenarnya bukan abang yang pilih Nadia. Allah yang telah pilih Nadia untuk mengisi ruang hati abang, lalu abang redha.Hanya Allah yang tahu hati budi abang dan hati budi Nadia, dan Allah telah pilih untuk satukan hati-hati kita. Dan cinta itu terus berkembang mekar, sehinggalah kini.Semoga Allah akan terus menyuburkan cinta di hati kita berdua, dalam kita sama-sama menggapai cinta-Nya.’

-Emir-

Kepingan kertas kecil itu masih disimpannya sehingga kini. Nadia membuka kembali lipatan nota kecil yang terselit di celah-celah helaian album gambar itu.Alangkah indahnya bila cinta itu diredhai Ilahi. Alangkah manisnya cinta itu apabila berasaskan cinta kepada Ilahi!

Tidak seperti dongeng cinta yang pernah dinukilkan bersama Danial Basri dulu. Walaupun dirinya sebelum itu benar-benar mempercayai cinta mereka cinta sejati, kini dia sedar, kepercayaannya itu karut semata-mata.

Masakan wujudnya cinta sebelum pernikahan? Masakan dapat dikecapi cinta yang tulus dan suci tanpa ikatan perkahwinan? Masakan,tanpa berpayungkan rahmat dan redha Ilahi? Sebaliknya, bersembunyi di balik ilusi nafsu diri.

Lamunannya dikejutkan oleh deringan telefon dari skrin komputer.

‘ Emir…is calling…’
‘ Emir Call duration: 00:30’ “Assalamualaikum abang.”

Suara lembut suami yang dirindui jelas kedengaran dari speaker komputer peribadinya.

‘Sayang apa khabar ? tengah buat apa tu ?’
‘ Nadia sehat alhamdulillah. Abang? Nadia tengah berehat-rehat ni. Abang pula tengah buat apa? Tak bertugas ke hari ini?’
‘ Abang pun sehat alhamdulillah. Cuma sakit rindu je. Dr Mus’ab kata abang ada p
enyakit Nadiaitis.’

Nadia tergelak. Terhibur sedikit kesunyian di hati mendengar gurauan dari suami tercinta.

‘ Abang pun tengah berehat juga ni. Insya Allah lepas ni kena mula kerja balik.’
‘ Penat ke bang? Alahai kesiannya dia. Kalau Nadia ada kat situ, boleh Nadia urut-urutkan.Hilanglah sedikit penyakit Nadiaitis tu.’
Ujar Nadia kembali, manja.

5f6aTerasa sungguh perbezaannya kini. Kalau dahulu, kata-kata rindu dan bisikan-bisikan manja ini dikongsi bersama lelaki yang tidak sah untuknya. Sungguh rugi, sungguh rugi perasaan dan bicara itu dibazirkan untuk lelaki yang akhirnya bukan untuknya. Sungguh rugi, sungguh rugi masa dan tenaga dihabiskan untuk lelaki yang akhirnya menjadi milik wanita lain.

‘Syukur Allah telah mempertemukan aku dengan Emir.’ Bisik Nadia setelah talian skype bersama suaminya ditamatkan. Emir terpaksa berhenti kerana tugas memanggilnya kembali.

‘ Syukur Allah telah memberikan aku peluang ketiga untuk membuktikan cintaku kepada-Nya. Aku tahu kini, cinta dan perkahwinan itu bukanlah matlamat yang terakhir. Tapi ia menjadi titian yang dibina untuk mencari redha-Mu. Titian yang harus kukuh untuk terus bertahan untuk jangka masa yang panjang.’

‘Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami, kurnialah kami dengan zuriat yang akan menjadi penyejuk hati kami, dan kelak akan meneruskan perjuangan kami dalam menegakkan agama-Mu di muka bumi ini…’

OLEH: ZINNIERA
BICARA KEMBARA FEB 05

p/s: Didiklah wanita dengan keimanan..bukannya harta ataupun pujian,kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok..kika datangnya dari kayu yang bengkok.. begitulah peribadi yang dibentuk..

Lagi cerpen..CINTA KE-2 di Yahoo Msngr

Posted on June 15, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

 

Got this cerpen from k.Muharikah Dundee..s0o meaningful..hurm,it really is..extracted from their magazine "BICARA KEMBARA"..kebetulan nama pn nadia..huhu..Comel2

Nadia, dah makan belum?
Ayang buat apa hari ni?
Kenapa Nadia sounds unhappy?
Marah kat Danny ?

Itu perbualan dahulu. Ketika aku masih jahil. Ketika perbualan berjam-jam di telefon bersama seorang teman lelaki merupakan satu kebiasaan. Bahkan rutin yang menjadi pelik jika tidak dilakukan.

‘Nad, dah tidur belum? Ke tengah bercakap lagi dengan Danial tu? Sudahlah tu, karang tinggi pulak bil telefonnya.’Begitulah kata ibu, tatkala malam semakin larut dan aku masih lagi bergayut.

Dan aku akan terus menggerutu sendiri dan membawa telefon mudah alih ke dalam bilik.Sambil menyambung untaian kasih asmara dana bersama Danial di balik selimutku. Kata-kata Danial seolah-olah lebih enak didengar dari mematuhi suruhan ibu tercinta.

Tapi itu dahulu, sewaktu aku belum mengenal erti sebenar cinta. Ketika lidah masih basah mengungkapkan kata cinta fana. Tatkala diri ini masih naif dan mendambakan kasih dari seorang teruna yang tidak halal buatku. Sebelum aku mengetahui, di sebalik cinta manusia itu, terdapat satu cinta yang lebih agung, mulia, jernih dan hakiki.

dannybasri: assalamualaikum.nadia ke?
dannybasri : apa khabar sekarang?

Begitu tulisannya , di balik window yahoo messenger yang menjadi medium perantara dua insan berjauhan.

dannybasri: dah lama kita tak jumpe kan?

Entah mengapa tiba-tiba, jantungnya berdebardebar.Dia mengelip mata berkali-kali seolah-olah tidak percaya. Tapi dia pasti itulah Danial yang dikenalinya. Sekian lama dia cuba mengelak untuk bertemu dengan lelaki ini di alam nyata,kini dia muncul di depan mata!Perlukah dia menjawab? Perlukah dia menyambung tali yang telah lama putus? Dan siapakah yang memberikan IDnya kepada mamat ini?.

Apa salahnya kalau kau mem balas. Bukan apa pun. Lagipun dah lama tak dengar khabar. Apa salahnya untuk tahu tentang kawan lama. Di satu sisi, hatinya berbisik.Betul, tapi aku takut, aku akan terjebak di dalam situasi yang sama.Lagipun apa faedahnya dia menghubungi aku ketika ini? Apa tujuan dia?

Dannybasri: danny paham kalo nad tak mahu cakap dgn danny. danny dapat ID nad ni pun dr taufiq. lama juga danny minta dari dia, baru skrg dia kasi pada danny.

Hmm….siap ko Taufiq. Akanku suruh Dila kenakan kau. Tak tau menjaga rahsia! Dila jaga suami hang bebaik na…. tetapi kupasti Taufiq tidak akan memberikan ID ku tanpa sebab.Taufiq dan Danial berkawan baik semenjak di bangku sekolah. Selepas SPM, mereka mengorak jalan yang berbeza. Danny mendapat tawaran untuk ke Melborne dan membuat program foundation di sana, sedangkan dia dan Taufiq ditempatkan di kolej persediaan untuk ke United Kingdom.

Sewaktu menyulam cinta pertama bersama Danny, mereka tidak pernah berhubung melalui media elektronik. Oleh sebab itu, Nadia pasti Danny tidak akan dapat mengesannya semenjak hubungan mereka ditamatkan pada 3 tahun yang silam.

dannybasri: hmmm…..danny cume nak minta maaf pada nad. Sudah lama juga danny cuba untuk mencari nad. Setelah kita ….mmm…..

Dia berhenti. Nadia kaget menunggu. Semua kerjanya terhenti semenjak kemunculan window terbaru itu. Tapi mengapa dia meminta maaf?

dannybasri : sejak peristiwa dulu, nad cuba mengasingkan diri dari danny. danny tak paham memula kenapa tetiba nad minta untuk break.selepas tu nad menyepi tanpa berita. danny call dan datang rumah nad. But no response from u.waktu danny fly pun nad tak datang untuk hantar.

dannybasri: waktu tu I was so confused! why did you do that to me? danny jadi tak betul untuk beberapa minggu sampai mama naik risau! danny rindukan nad bagai nak gile!

dannybasri : tapi bile danny dicampakkan di bumi kangaroo ni, danny dah mula sedar. banyak yang danny belajar dari kawan2 dan senior2 di sini.danny bukan sahaja menuntut ilmu medic tapi sahabat2 danny telah mula mengenalkan danny kepada ketinggian dan kedalaman ilmu Islam.

dannybasri: dan semenjak itu danny mula nampak segala dosa dan kesilapan danny selama ni…terutamanya kepada nad!

dannybasri : danny malu kepada nad. malu kerana nad terlebih dahulu menyedari kesilapan kita…..

Senyap.

Nadia berkira-kira untuk membalas. Tidak tahan rasanya membiarkan Danial berfikir
bahawa dia menulis kepada sang tunggul.Lagipun, ingin sangat dia bertanyakan beberapa soalan. Ketegasannya selama ini tidak melayan kaum Adam berchatting melainkan atas urusan kerja dilunturkan sedikit. Gelora di jiwanya mengetuk-ngetuk hatinya untuk menulis. Baru sahaja dia mahu menekan punat D, tiba-tiba Danial membalas.

dannybasri: danny ingatkan nak tulis emel saje pada nad. tapi danny perasan yang nad tgh online. sebab itu danny terus je tegur nad kat sini. lagipun danny dah tak banyak masa ni…

Huh? Kenapa? Apa yang dah berlaku padamu Danial? Danny akan ke mana?

dannybasri : danny ingat nak call je nad tapi rasanya lebih elok kalo danny cakap di sini saje sebab danny tau mesti nad akan rasa tak selesa bukan?

Nadia tersenyum sendiri. Dah tahu mahu bertanya! Namun di sudut hatinya Nadia kagum dengan Danial yang ‘sekarang’. Butir percakapannya lebih sopan. Walaupun dia masih membahasakan dirinya Danny, dia menghormatiku sebagai seorang wanita. Tidak seperti dahulu yang melayanku layak seorang suami.

Fikiran Nadia merewang ke angkasa. Melayang ke peristiwa yang telah berlaku 4 tahun silam.

’Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’ (Al-Isra’ : 32)

Mungkin kerana semilir bayu di pagi hari itu atau mungkin kesan tahajudnya saban malam sebelum
SPM diteladeni, sedikit sebanyak telah melentur lembut hatinya yang selama ini membatu keras berselaput kerak dosa. Tatkala dibacanya ayat-ayat Allah itu hatinya sangat terusik lantas bermenung lama memikirkan. Nadia terasa Allah seolah-olah berkata-kata dan menegurnya.

’Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.’ (Al-Baqarah : 165)

Pernah orang bertanya, siapakah yang paling dicintainya. Dia menjawab Allah dan RasulNya.Namun, dia tidak pernah benar-benar mengorek isi hati dan menemui siapa yang sentiasa terpahat di relung hatinya. Begitu juga tidak diselidikinya nama siapa yang sering basah dibibirnya.Ternyata bukan Allah dan Muhammad Nabinya.Tetapi Danial!

Tatkala hidayah meresap di jiwa, dan mengalir di seluruh urat nadinya, Nadia berazam untuk mengikis cintanya terhadap Danial. Dia cuba untuk menolak kesemua ajakan Danial dan tidak langsung menjawab panggilan telefonnya.Dia tidak langsung memberikan penjelasan kepada Danial; cuma sepotong ayat yang menyatakan mereka tidak boleh lagi bersama.Noktah. Dirasakan dirinya kejam namun dia tidak sanggup hidup di dalam penjara buatannya lagi.Dia mahu bebas dari belenggu rantai maksiat dan keresahan jiwa lantas meraih cinta Allah dengan mempersembahkan apa yang Dia redhai semata.Dengan cara itu sahaja dia dapat mengecap cinta yang agung itu. Cinta seorang mukmin yang sangat cintakan TuhanNya.

dannybasri : hmmmm….tak mengapalah. danny nak maklumkan yang danny akan balik malaysia esok.

Lamunan Nadia terhenti tatkala tulisan Danial bersambung.

dannybasri : InsyaAllah, danny akan melangsungkan walimah 5 hari dari sekarang.

Dsc021201
Seakan-akan guruh bergempita di ruangan biliknya, Nadia terkesima.Dia tersandar di atas kerusi.
Dibacanya ayat terakhir Danial berulang kali seakan-akan tidak percaya. Gembira? Sedih? Terkejut? Segala-galanya beradun dan berputar dahsyat di dalam hatinya. Kenapa aku begini? Dia sendiri berasa kaget dengan dirinya. Apa salahnya Danny berkahwin? Tapi dia masih tetap berasa resah dan  aneh.Bukankah telah kubuang dirinya dari hatiku?Bukankah telah kuletak cintaku hanya untuk yang Maha Satu? Takkan aku masih cintakan dia? Mungkin kerana sudah lama dia tidak hadir dalam hidupku menyebabkan kemunculannya kali ini menyentak perasaanku? Ãtau adakah aku masih
berharap yang Danial akan kembali kepadaku sebagai insan yang lebih soleh dan memulakan diari cinta kami yang kedua?

Nadia tidak dapat berfikir lurus. Ditariknya nafas panjang dan digagahkan matanya untuk menatap skrin. Danial masih menulis tapi dia tak boleh membaca dengan jelas. Ada manik basah di sekeliling matanya.

dannybasri : jemputlah datang ye nad. danny sudah hantar jemputan pada keluarga nad di malaysia.jika nad ada di malaysia, jangan lupa singgah ye.

Dia nampak bersungguh-sungguh. Di sudut hati,Nadia bersyukur kerana Danial bertemu dengan seorang yang mungkin jauh lebih baik darinya.Tapi di satu sudut yang lain, dia berasa hairan, mengapa tidak dicarinya dia semula? Dia takut lamarannya akan ditolak? Manakan dia akan menolak jika Danny sudah berada di atas jalan yang sama denganya?Mengapa??!!

dannybasri: ok nad. gtg. take care. assalamualaikum

dannybasri has signed out. (12/16/2004 12:02
AM)

raudahhuda: danial!

Nadia tidak sempat untuk mengejar Danial. Dia benar-benar telah pergi. Pergi seperti mana dia
telah ditinggalkannya.Nadia mengeluh panjang sambil merenung kegelapan malam yang sunyi dan dingin. Hatinya dirasakan sekelam kepekatan malam itu.

Mengapa Ya Allah, kau takdirkan perkara ini terjadi padaku?

*************************************
Di dalam kedinginan malam yang syahdu.Kedengaran suara esakan seorang primadona yang bersenandung dengan kekasihNya:

Ya Allah, bukanlah aku mahu menyalahkan takdirMu. Dan bukan juga aku mahu menafikan hakikat yang berlaku. Rupa-rupanya aku membohongiMu Ya Allah. Tatkala aku mengaku aku mencintaimu semata, namun masih terdapat sekelumit rasa cintaku kepada yang bukan milikku.

Ya Allah, sesungguhnya telah kumungkir waktuku terdahulu dengan menjerumuskan diriku dengan cinta yang palsu. Namun hakikatnya, masih kumugkiri lagi ikrarku Ya Allah, kerana detik-detik sebelum pernikahanku, aku masih mendambakan cinta dari manusia.

Aku lupa ya Allah, bahawa pernikahan itu bukanlah segalanya. Pernikahan itu hanya membuka babak baru untuk memajukan langkah dakwah. Mungkin dengan pernikahan itu, aku akan lebih mencintai dunia dari beribadah padaMu Ya Allah. Kerana kadang-kadang godaan terbesar datang dari orang yang paling dekat denganku.

Ya Allah, aku yakin , di sana..jauh atau dekat,ada seseorang yang memang diciptakan untukku. Mungkin seperti danny, mungkin juga lebih baik darinya. Seperkara yang pasti, tidak akan kunangis kerana lelaki lagi ya Allah! Ya Rabbal Alamin..

Subuh pagi hari itu, kedengaran burung-burung gagak berkicauan dengan meriah seolah-olah mahu memberitakan kepada seluruh warga kota Exeter akan kisah primadona Nadia. Senandung Nadia kepada dirinya , biarlah detapan jemari di keyboard malam hari tadi merupakan noktah perbualan yang terakhir antara dia dan Danial.

Dihirupnya udara pagi itu dengan rasa puas,puas dengan rasa cinta pada RabbNya..

OLEH:MANFIRA AULA

‘BICARA KEMBARA’ JAN 2005

p/s: sbnrnye lps bace tak puas ati sket2 sbb danial pi contact blk nadia tu,invite to his walimah..sedihnya nadia..jihad cinta,akhirnya terlepas dr genggaman,namun cintaNya yg lebih teguh pd Allah ensures that someday she’ll get sumone better than danial or same mcm danial..Allah dh janji dlm KitabNya Qur’an 24:26..=) jd la takhaf wa la tahzan..^_^

when i see you smile

Posted on June 14, 2006 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Dsc02568

This one is dedicated to Abah yang tersayang..bia Abah tak bukak frenster pn..rindula dgn Abah,rindu dengan Umi,dgn Along,adik2..sabar2..10 hari je lg nak balik rumah..yg penting rindu ngn bilik!!rindu kt pulut pagi yg jual depan masjid peng kubur tu,rindu dgn pantai sri tujuh,tpt jogging ngn Abah pagi,tpt blaja driving dgn Abah<nasib baik tak masuk dalam laut kt selekoh tu..>huhu..


UNTUK ABAH..=)

Sometimes I wonder how I’d ever make it through
Through this world without having you, I just wouldn’t have a clue
‘Cos sometimes it seems like this world’s closing in on me
And there’s no way of breaking free, and then I see you reach for me

Sometimes I wanna give up, I wanna give in, I wanna quit the fight
And then I see you, and everything’s alright, everything’s alright

When I see you smile,
I can face the world,
you know I can doanything
When I see you smile,
I see a ray of light,
I see it shining right thru the rain
When I see you smile at me..

You’ve been my inspiration,through the rights you’re the truth
My world is a better place because of YOU..

——————————————————————————————————


I still remember kata2 Abah time nadia call b4 exam..
"Eleh..Chemistry kacang je tu.."
"Eleh..Hygiene..kacang je tu..macam dalam ABC tu.."

And the latest one..last week i called Abah..

"Abah..takut ni..nak exam internal disease esok.."
"Eleh..Internal disease..kacang je tu.."(kacang lagi..)
"Abah ni..semua kacang..payahla Abah.."
"Yela..Kacang je tu..tau tak kacang tu macamana?"
"Macamana?"
"Macam kacang sempalit"
"Kacang sempalit??..apa tu?"
"hehe..sekarang
ada kacang baru..on the way to KL..ade tempat nama Sempalit..Abah
berenti beli kacang kt situla..best..macam tula.."

"Isk Abah ni..ke situ tu plk..tp btul eh best..??waa sedapnya!!" (maklumla ayah and anak mmg ‘hantu kacang’..huhu..
"Aaa..tula..nanti k.ya balik nanti boleh makan.."
"Ala..mesti dah abes Abah makan..xsempat k.ya balik"
"Takde hal..kita boleh pegi beli lg..ala,on the way nak pegi tgk adik nnt kite belila.."
"wahhh..best2..hehe..ala masuk hal kacang plk..kalo tak igt internal disease nnt cane Abah.."
"Internal disease ni..ikut logik pn boleh.."
"Ar?yeke?contohnya?ok..lobar pneumonia.."
"Lobar
pnuemonia..Lobar consolidation of lung,when alveolar air replaced by
fluid/tissue mestila decrease ventilation so leads to
breathlessness..and pain in affected part jgk.."

"waaa…tererla
Abah!!(apela aku ni..dah name pun doctor,mestila Abah tau..ngeh2..nak
menguji2 Abah pulak..silap orgla..huhu..) Tapi Abah,kalo nadia tak igt
jgk cenggane?"

"Kalo tak
igt nnt selawat byk2..and pastu k.ya igt2la kt Abah..kite buat
connection..kite calling2..nanti msg dr minda Abah sampai kt
k.Ya..(hehe..buat lawak plk Abah ni..)Jgn risaula..insyaAllah..try ur
best..k.ya dah usaha,tawakkal lah banyak2 pd-Nya..insyaAllah,jgn risau..Abah n Umi sentiasa doa kt k.Ya,doa kat anak2..kejap lagi Abah
solat dhuha’ nanti Abah doakan utk k.Ya..know that we’re behind
you..just do your part ok.."

hurm..so relieving..jzkk so much Abah..^_^..

And..after Internal Disease
exam.. I’ve learnt few lessons..contactla dgn Ibu Ayah b4 exam..minta
maaf,ucap terima kasih,insyaAllah berkat..and..yakinlah..kalau tak yakin dgn kemampuan diri,yakinlah dengan kekuatan Allah dengan sebenar2 yakin..Yakinlah
bahawa Allah akan tolong kita..insyaAllah berjaya..jarang nak boleh
yakin dgn diri sendiri,tambah2 time tak habis baca..banyak gilerrr nak
kene bace,manela nak sempat habis semua..tp andai kite yakin dgn
kekuatan Allah,yakin dgn doa kita,yakin dgn ayat Allah…


"..berdoalah engkau kepada-Ku,nescaya aku perkenankan doa permohonanMu..ila akhir"..(Ghafir:60) berpeganglah pada ayat Allah..insyaAllah..tak mengecewakan..seriously..


Bile kite yakin,eventhou apa
yg kite hajati tak tercapai, kite tetap akn rase lega, sbb kita percaya
rancangan Allah terhadap kite lebih baik..ada yg lebih baik Allah akn
bagi nnt..=) hidup or medical life bukan setakat abes exam je.. and
sambil tu..muhasabah diri,
Adakah sudah kita tunaikan tuntutan2 doa bagi melayakkan kita menagih hasilnya??

wallahua’lam..

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Posted on by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Pict0440

Ada yang kata cerpen ni sinis,melankolik,ada jgk yg kata cerpen ni best,banyak iktibar,ade pulak yg kata "wahh..hebatnye.."..and ade jgk yg blurr je…huhu…and bagi nadia pulak,cerpen ni memang penuh iktibar..=)

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas
tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

 

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."

 


Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

 


"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan  serban yang melilit kepalanya.

 

Datuk
Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia  datang biar aku
sogok dengan duit ini . Siapa  yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr.  Johar terus hairan. Bangunan pencakar
langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini.
Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.
Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

 


Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

 


"Hoi  budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

 

Budak
itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
Apakah  ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu
terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu
membuka mulut hendak  menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah
kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam
berjalur biru.

   


"Assalamualaikum….Maaf,
pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini
sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa
mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini
menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali
astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata
pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa
namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya  di seluruh pelusuk
dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun  egonya membumbung
tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

 

"
Ni duit lima ratus.  Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita
selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan  ? "
tanyanya angkuh.

 


"Pakcik,
kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun  duit bukan ada
harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan
matlamat,"
kata pegawai berjanggut dan berjambang itu  dengan tenang. 

 

"Oh,
oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak  tanya sikit, kenapa pakcik
pakai  pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya
pegawai itu pula.

 

Aku
yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan
ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak
perawakannya dengan jelas. Tak ada yang  salah. Tali leher, kemeja dan
kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre
Cardin.  Kasutnya hitam berkilat daripada jenis  Bally. Ah! Aku masih
unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia  yang kolot,
dia yang ketinggalan zaman.

 

"Anak
muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara
ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

 


"Pakcik,
itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di
Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja  yang pertahankan pakaian
macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat
lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan
Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami
pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan
Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara  Islam seperti
darul Taqwa."

 
Datuk
Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?"
Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa  dan budak kecil di tepi
jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala
lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

 


"Pakcik
di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
Din,Pegawai  Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk
memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

 


Apa?
Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya  Mutmainnah? Jalan Chow Kit
dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa
yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak  Datuk Dr.
Johar.

 

"Pakcik,
kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas
sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi  kebaikan pakcik dunia dan
Akhirat…"

 

Tiba-tiba
terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas.
Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang  pegawai
penguatkuasa.

 

"Tuan,
hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di  dunia sebelum saya  di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu.

 

Pegawai
tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu
diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka
tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega.Dahaga , lapar mula menggigit
tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di  mana?
Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di  tepi-tepi
jalan : 

"Assalamualaikum,
kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar
berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia  merayu fakir miskin supaya sudi
menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila
datang!"

 

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur
itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu
membelinya sendiri. Dia  pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di
situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya
tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

 

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

 

"Ceh!
Diskriminasi, doubel-standard, lelaki  dipisahkan daripada
perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai  yang menegurnya. "Ada
restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam  ni!".

 

Lelaki itu tersenyum.
"Empat puluh tahun yang lalu  adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan
merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada
diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir  Muhammad,pemimpin Darul Taqwa
telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.Kalau tuan ada isteri
dan membawanya bersama, sila  masuk ke sana. Di sana  ada tempat khusus
untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"
terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

 

"Ini
bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis,
sosialis, nasionalis malah  komunis sekalipun tak macam ni…"

 

"Masya-Allah
pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah
termaktub sebagai ajaran-ajaran  sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa
ini. Tak ada orang lagi yang  berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu…
Subhanallah…."
Keluh tuan restoran itu sambil
mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
manggeleng -gelengkan kepalanya.

 

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk  Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.

 

"Dalam  pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.

 

"Ya ! Apa peliknya?",
 
"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

 

Dia
tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat  orang menikmati
makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek!
Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!  Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

 

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.

 

Datuk
Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap
dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang  diri bagai
kera sumbang.

 

" Ya Allah, apa musibah yang  menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar  seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

 

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.

 

Datuk Dr.  Johar pasang telinga saja. "Ana
nak sedekahkan lima ribu ringgit  …malang nasib ana. Ana tunggu lima
jam di tepi jalan tadi,  seorang pun tak mahu terima sedekah ana "
Keluhnya."Susah
kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar.
Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah,
susahnya jadi orang kaya  macam kita ini. Dahlah nanti di
Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah
kita.�

 

�Oh…!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah
kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang
banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan  daripada bapa,
yang diwarisi oleh datuk saya daripada  moyangnya. Kita tunggulah bila
kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk
kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labur
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,"
kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

 

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.

 

"Demi
kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang.Maaf
tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap
pegawai perubatan ….,"
kata pelayan itu lagi.

 

"Apa?
Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau
dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!"
bentaknya. Marah campur geram.

 

"Tuan,
mana ada hospital  sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan
wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.
Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum
kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.

 

"Penyakit
kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya  ada baca buku perubatan edisi
tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak  ada siapa
menghidapnya….."

 

"Batalkan
saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan
sekarang …Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.

 

"Di
sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal
bil. Percuma.�

 

Datuk
Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang
ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna
berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre
Cardinnya  ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden
Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya;
satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:
MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

 

Dia beralih  ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA’. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya  dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�..
Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak
jadi  ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang
anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

 

"Nanti ya pakcik .  Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang…"

 

"Ya,
ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya  dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu
kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

 

Ayat suci Al-Quran a… "Eh …ni suara orang mengaji,"
 
"Nanti
dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup
rapat-rapat. Asyik sekali dia. 
 
Kemudian getaran suara bergema

 

…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu 
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta…….
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

 

"Maaf  tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan  sajalah …"

 

Datuk
Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad
kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

 

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

 

"Tak,
pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal
emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

 


"
Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka."

 


"Ah,
aku  tak  nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk
Dr. Johar lantas meluru keluar dari  restoran itu. Di  luar,semua
pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir
teknologi  begini tinggi.

 

Pemandu bullet train berserban merah  tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas  :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ".
Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta
anak-anak meraka. Semuanya  berserban, berjubah dan berpurdah.

 

Isy,meluatnya!
Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi
begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr.
Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu
tiba-tiba meletus.

 

"Datuk..!Datuk..!  Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"

 

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

 

"Kenapa? Parti kita  kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.

 

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun  memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…"   

 

"Habis, mereka mahu apa?"

 

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

 

"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

"Pasakkan Sabar Teguhkan Istiqamah"