kerana cinta..

Posted on November 27, 2005 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Cinta itu cahaya sanubari, Kurniaan Tuhan fitrah insani, Dan di mana terciptanya cinta, Di situ rindu bermula.

Cinta itu tidak pernah meminta, Tetapi memberi sepenuh rela, Rasa bahgia biarpun sengsara, Berkorban segala-gala.

Semua kerana cinta, Yang pahit manis di rasa, Menghibur nestapa, Merawat duka, Damai di jiwa.

Terpadam api benci permusuhan, Terjalinlah kasih sayang, Begitulah cinta yang diidamkan, Tanpa nafsu yang mencemarkan.

Dan jangan pula, Kerana bercinta, Kita pun leka entah kemana, Dan jangan pula, Kerana bercinta, Tergadai semua maruah agama.

Cinta yang sejati, Hanya cintakan Illahi, Cinta ayah bonda, Tulus suci selamanya, Cintakan saudara, Masa berada, Hanya sementara, Cinta sesama insan, Suburkan dengan ketakwaan..