w@kafa billahi wakiiLa..

Posted on June 20, 2005 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Qala Rasulullah - s0llu 3alaihi wasallam..

Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir

-Hadis riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & Al-Tarmizi

s0,pd sahabat2 yang sedang berpuase,org nak travel pi mana2,kalo ade ape2 hajat di hati tu..b0lehla nak mintak time2 ni..Insya-Allah, Dia takkan hampakan..=)..

"wa Qala RabbukumUd3uni..astajib lakum.." yg bermaksud..
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.."(Ghafir: 60)

"Wa tawakkal 3ala Allah..wakafa billahi wakila.." yg bermaksud:
"Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.."(Al Ahzab 003)

( yeye..ptg nanti nak fly balik msia..ser0noknye..=p..)

~Wattabi’ ma yuha ilaika min Rabbik..wallahua3lam..=)

UnTa vs Manusia??

Posted on by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Kisah seek0r UNTA —> unta
lagi…=p

Seekor unta dalam dilemma
Kesal hidupnya menjadi unta
Ingin rasanya nak tukar rupa
Tak tahu nak jadi apa..?

Lalu si unta pergi mengembara
Ke Padang pasir hala tujunya
Mengharap akan dapat idea
Bagaimana hendak mengubah rupa..?

Setengah Gurun Sahara
Masih tak jumpa apa-apa
Tapi hairan Sang Unta
Mengapa dia tak rasa dahaga..?

Tersedar sang Unta:
Oh..
Beryukur,aku ini dijadikannnya unta
Bukan keldai atau kuda
Atau Anjing atau Serigala
Tidak cepat rasa dahaga
katanya..

Lalui berpesan sang Unta:
Wahai manusia
Jadilah dirimu sendiri
Jangan Mengharapkan dirimu jadi orang lain
Kerana kamu adalah kamu
Orang lain adalah orang lain
Mana mungkin kamu dijadikan sama
Kamu ada kelemahan
Tapi orang lain juga ada kurangnya
Kamu ada kekuatan
Orang lain pun ada kelebihan
Cuma kedua-duanya berbeza
Kerana kamu sememangnya dijadikan berbeza
Supaya kamu saling lengkap melengkapi
Supaya kamu tak meninggi diri
Kan Tuhan itu Maha Adil?
aku ini hanya unta
tapi kamu itu manusia
katanya..ketawa..

hehe..ser0nok die jadi unta…ser0nok jd haiwan..kenapa? mungkin kerana haiwan
tidak akan dihisab amalan mereka..bagaimana pula dgn malaikat?pun tidak akan
dihisab amalan mereka..sedang manusia?? setiap amalan yg dilakukan olen manusia
akan di hisab di hari perhitungan nanti..Pada akhirat nanti haiwan dibangkitkan
hanya sebagai saksi kepada perbuatan manusia dan malaikat pula akan meneruskan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan..

Namun,tidakkan manusia tahu bhwsanya di
dalam Al Quran Allah telah nyatakan bhw manusia adalah sebaik2 kejadianNya??
yaa..manusia,bukan haiwan,jin,tumbuh2an atau lain2 makhluk..Allah telah
meletakkan manusia sebagai makhluk yang sanggup menerima tanggungjawab.Allah
juga telah memberikan beberapa martabat dan kelebihan kepada manusia..

i-Manusia sebagai makhluk yang terbaik.
"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu dalam sebaik-baik
kejadian" (At Teen: 4)

ii-Manusia sebagai makhluk yang dipercaya "Sesungguhnya kami telah
mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,maka semuanya enggan
untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya,dan dipikullah
amanat itu oleh manusia.."(Al Ahzab: 72)

iii-Manusia sebagai makhluk yang termulia. "Dan sesungguhnya telah Kami
muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri
mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan
yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al
Isra’: 70)

iv- Manusia sebagai makhluk yang disayang . Allah memberikan berbagai kemudahan
kepada manusia di bumi ini.Terpulanglah kepada manusia untuk mereka bentuk
segala kemudahan yang ada.Ia adalah anugerah pada insan tang disayang.Firman
Allah: "Tidakkah kamu perhatikan,sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk
kepentingan kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan
untukmu nikmatNya zahir dan batin".( Luqman: 20).

v-Manusia sebagai makhluk yang bijak. Dalam surah Al Baqarah ayat 31-33 Allah
telah menguji manusia dan malaikat mengenai benda-benda dan gunanya.Malaikat
tidak dapat menerangkannya tetapi Adam dapat menerangkannya setelah diberi
pengetahuan oleh Allah.

Demikianlah
antara martabat insan yang diletakkan oleh Allah kepada manusia..Fabiayyi ala’i
Rabbikuma tukazziban..??..bersyukurlah kite jadi manusia..=)..Bagaimana cara utk bersyukur kpd Allah??

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan
undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah
kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).."(Al-Baqarah:152)

Firman Allah s.w.t

"Pada
hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku cukupkan bagi kamu
nikmatKu dan Aku redha Islam itu menjadi agama kamu "
(Al-maidah:003)


-Take time
to think..Its the s0urce of power..=)..wallahua3lam bisshowab..

Antara sabar dan mengeluh..=)

Posted on June 18, 2005 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Pada
zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul
Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan
berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh
perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang
menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu
Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita
itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing
korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang
satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba
anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku
tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab
adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu
disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia
merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang
mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu
sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari
suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas,
ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis
melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin
dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu
Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah
yang sangat hebat itu ?"

Wanita
itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan
mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni
sia-sia belaka."

Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith
Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya
dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu
juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda
kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab
orang."

Dan
sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi
pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga
kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala
Allah:

"Ya
ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah…..(ilakh) "

 -Allah almighty kn0ws best..=)

Let’s talk ab0ut Love..

Posted on June 16, 2005 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

…Teman
adalah hadiah terindah kurniaan Tuhan buat kita…    
       
    Seperti hadiah, ada yang bungkusannya cantik dan ada yang
bungkusannya tidak cantik.  Yang bungkusannya cantik punya wajah rupawan,
atau keperibadian yang menarik.  Yang bungkusannya tidak cantik punya
wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa  saja, atau mungkin buruk.
.
       
    Seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek.
Yang isinya  bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau
ketika berkongsi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu
berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa
bersama. Kita mencintai dia dan dia mencintai kita.
       
    Yang isinya buruk punya jiwa yang terluka. Begitu dalam
luka-lukanya sehingga   jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justeru
kerana ia tidak merasakan cinta   dalam hidupnya. Sayangnya yang kita
dapat darinya seringkali sikap   penolakan, dendam, kebencian, iri
hati, kesombongan, amarah, dll.    
       
    Kita tidak suka dengan jiwa-jiwa semacam ini dan mencuba
menghindar dari   mereka. Kita tidak tahu bahwa itu semua BUKAN-lah kerana
mereka pada dasarnya   buruk, tetapi ketidakmampuan jiwanya memberikan
cinta kerana dia sebenarnya inginkan  cinta kita, simpati kita, kesabaran
dan keberanian kita untuk mendengarkan  luka-luka dalam yang memasung
jiwanya.
       
    Bagaimana boleh kita mengharapkan seseorang yang terluka lututnya
berlari   bersama kita? Bagaimana boleh kita mengajak seseorang yang takut
air berenang   bersama? Luka di lututnya dan ketakutan terhadap airlah
yang mesti disembuhkan,   bukan mencaci mereka kerana mereka tidak mahu
berlari atau berenang bersama   kita. Mereka tidak akan memberitahu bahawa
"lutut" mereka luka atau mereka "takut  air", mereka
akan beritahu bahwa mereka tidak suka berlari atau mereka  akan nyatakan
berenang itu membosankan dll. Itulah cara mereka mempertahankan diri.
   
       
    Mereka akan kata:
    "Menari itu tidak menarik"
    "Tidak ada yang sesuai denganku"
    "Teman-temanku sudah lulus semua"
    "Aku ini buruk siapa yang bakal tahan denganku"
    "Kisah hidupku membosankan"
       
    Mereka tidak akan kata:
    "Aku tidak boleh menari"
    "Aku mendambakanmu "
    "Aku kesepian"
    "Aku ingin diterima"
    "Aku ingin diberi perhatian"
       
    Mereka semua hadiah buat kita, tak kira bungkusnya cantik atau
buruk, entah  isinya bagus atau jelek. Dan jangan tertipu oleh luaran.
Hanya ketika kita  bertemu jiwa dengan jiwa, kita tahu hadiah sesungguhnya
yang sudah disiapkanNya buat kita.

-wallahua’lam…=)

=)

Posted on by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Sabda Rasulullah s.a.w..

Jika berdiri bulu roma seorang hamba kerana takut kepada Allah, maka
akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari
pokok yang telah kering

-Hadis riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib r.a

pause n p0nder..

Posted on June 2, 2005 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam wrt..=)..hey,I’d like 2
share dis interestin story with ya’ll..=)..its about a booby n a camel..=p..meh
dgr cite..ops,lets read it..hehe..

SI TOLOL DAN UNTA YANG SEDANG MAKAN RUMPUT

       Seorang Tolol memerhatikan seekor unta
yang  sedang  makan  rumput. Katanya kepada  binatang
itu dengan nada mengejek, "Tampangmu mencong. Kenapa begitu?"


     Unta yang merasa terhina menjawab,  "Dalam
menilai kesan  yang  timbul,kau mengaitkan  kesalahan dengan hal
yang mewujudkan bentuk. Hati-hatilah terhadap hal itu!Jangan  menganggap
wajahku yang buruk sebagai suatu kesalahan.
      
       Pergi  kau  menjauh  dariku, usahlah
melepasiku, ambil  jalan lintas. Tampangku    mengandung
erti  tertentu,punya  alasan  tertentu.Busur memerlukan yang
lurus dan yang  bengkok, pegangannya dan talinya."

       Orang tolol, "Nyahlah..Pemahaman
keldai  sesuai  dengan  sifat keldai." ~~~


===> Unta dikatanya
keldai..kelakarnya..Dia yang tak tau,nak mengata orang lagi..hehe..

      Hakim Sanai,dalam petuanya
pernah berkata "Pada cermin  rosak  dalam  fikiranmu,
bidadari bisa tampak mempunyai wajah setan."..


~m0raL of da sT0ry —
Cermin diri dulu sebelum
mengata kat orang,ops..lebih baik jgn mengata kat orang terus..yeah,its not
ez,sumtimes it juz happens when it happens,but lets try to control it..coz its
our tounge..yaa Lidah lah yang dapat membawa kita ke
syurga(berzikir,berkata perkara2 yang baik..etc),dan menjerumuskan kita ke
neraka,Nauzubillah min zalik..

      Di
dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah dan Abu
Hurairah,Disebutkan Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebab terbesar yang
membawa manusia masuk syurga.lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Taqwa kepada Allah dan
akhlaq yang baik."
Dan ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia ke
neraka,maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Dua rongga badan,iaitu mulut(lidah) dan
kemaluan.."

      Amirul Mu’minin Sayyidina
Ali karramalluwajhah pula pernah berkata: “Kendalikanlah lidahmu dan lakukan
perhitungan atas kata yang kau keluarkan agar mengurangi pembicaraanmu yang
tidak baik”.

    


~
Ballighu ‘anni walau ayah..wallahua’lam bisshowab =)…

sh0rT j0kE =)

Posted on June 1, 2005 by xamumax.
Categories: Uncategorized.

Salam wrt..Let us begin with this short joke..huhu..may ya’ll learn sumthin from it..=)

Surrounded by Muslims

Two
business men seated on an airplane noticed a Muslim man sitting in front of
them, one of the men says to the other with a wink, "I was going to go to Africa until I found
out that half the country is Muslim so I don’t want to go there".

The
other man says, "We’ll how about Saudi Arabia then?"

The
first man says "No way, that place is loaded with those Muslims too."

The
other man suggests a trip to the US but his
companion says "The Muslims have spread out over the whole country every
time I turn around there I bump into one."

The men
are watching the Muslim, and can see that the Muslim man is fidgeting and
getting kind of agitated about their conversation. The fellow who started the
teasing decides to really get him mad and says "I really wanted to go to Pakistan but that place
is crawling with Muslims"

At this
the Muslim man has had it and finally turns around in his seat and sweetly says
to the men, "Why don’t you both go to hell? There’s hardly any Muslims
there!" =) ~~

Sekilas kisah hidup Rasul sollu alaihi wasallam..

Rasulullah hidup bersama dengan para shahabatnya yang memiliki karakter berbeza-beza
antara satu dengan yang
lainnya. Di antara mereka ada yang bersifat hazm, serius, tegas dan amat
berwibawa semisal Umar bin Khattab z.
Sebaliknya ada pula yang dikenal suka berkelakar seperti Nu’aiman dan Nabi
pun tidak mengingkarinya.

Tertawa yang dibuat-buat, terbahak-bahak atau tertawa tidak pada tempatnya
adalah dibenci agama. Ibnu Umar
pernah ditanya tentang shahabat Nabi apakah mereka juga tertawa, maka dia
menjawab, "Ya! Dan keimanan mereka
seumpama gunung."

Sufyan bin Uyainah ditanya apakah berkelakar itu termasuk perbuatan tercela? Ia
menjawab tidak, "Bahkan termasuk
sunnah bagi yang dapat berkelakar sesuai dengan aturannya."

-Wallahua’lam bisshowab..=)